KERABU MAGGI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bertemu lagi…
Hari ni nak kongsikan resepi yang simple2 je
tapi ianya mengenyangkan juga tau…sesekali tukar la sikitkan selera tu…
Kali ni menu kita ala-alai thai gitu…boleh ker…hihihi
Kerabu maggi ni QH baru2 juga mencuba...pertama kali nak makan memang agak teruja juga...tak sabar nak tahu akan rasanya...kalau di KL ni tidak susah nak mencari kedai yang menjual kerabu maggi ni...banyak kedai2 makan siam di sini...kena dengan selera atau tidak je...hehehe...bila dah cuba tu boleh la masuk dengan selera QH...
Tetapi kali ni QH mencuba sendiri
tau...kebetulan di rumah ada stok maggi siam tapi bukan brand kebiasaan yang
digunakan dalam kerabu maggi tu...ni QH beli dah agak lama juga sebelum luput baik adanya kita buat sesuatu...tidak la membazir kan...ok brand kebiasaan yang digunakan tu Perda plastik kaler oren...resepi ni QH main belasahan je...yang penting kena seimbangkan rasa masam, masin, manis dan sedikit pedas...senang je la nak buat kerabu maggi ni...main rebus2 dan campak2 je...gunakan apa sahaja bahan yang di rumah dan yang penting ikut selera masing nak letak ape...nak macam cara QH pon boleh...resepinya seperti di bawah tu...ingat ni resepi belasahan QH je tau...mana ada yang terkurang terlbih tu...harap dimaafkan...selamat mencuba!!!
KERABU MAGGI
Bahan2
2-3
paket Maggi Siam
2 paket perencah maggi
2 paket perencah maggi
2 helai
daun limau purut
Udang –
buang kulit dan celur dengan air panas
Sotong - dicelur bersama air panas
Sotong - dicelur bersama air panas
Jejari
ketam - dicelur bersama air panas
1 biji
bawang besar – hiris dan dicelur dengan air panas
2 biji
cili basah hijau - potong kecil
6 biji
cili padi – potong kecil
1
kuntuk bunga kantan – hiris halus dan dicelur bersama air panas
1/2 batang lobak merah – disagat dan celur dengan
air panas
4 pokok choy sum – dipotong dan celur dengan air
panas
Tomato ceri – belah dua
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam dan gula secukup – jika perlu
Tomato ceri – belah dua
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam dan gula secukup – jika perlu
Caranya
1. Celur
maggi bersama sedikit minyak masak hingga kembang dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan air untuk merebus. Masukkan daun limau purut dan
1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
3. Masukkan bahan2 yang perlu di
celur satu persatu. Masukkan bahan2 tersebut berasingan jangan dicampur.
Toskan. Air rebusan jangan dibuang.
4. Setelah
siap masukkan ke dalam bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut. Tambahkan perencah
maggi tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Sesuaikan rasanya.
5. Tambahkan
2 senduk air rebusan tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasanya masam, masin, manis dan
pedas. Jika ingin lagi berkuah boleh tambah.
6. Siap untuk dihidang.
Post a Comment