SOTO KETAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Apa khabar semua??
Akhirnya bersiaran juga QH hari ni...
Beberapa minggu yang lepas bukan sengaja QH
meninggalkan blog ni tetapi banyak sangat perkara yang terjadi dan QH terpaksa
berehat dan merehatkan diri sebentar...
Terkadang ada perkara yang terpaksa kita
dahulukan dari perkara2 yang lain...
In shaa Allah ada masa yang sesuai je QH akan
kembali bersiaran...
Ni menu beberapa minggu lepas juga...hihihi...tetiba
selera hari tu nak makan sup...tengok stok nasi impit pon ada...jadi tak payah
susah fikirkan menu yang lain...tu yang terhasilnya soto ketam superb gojes...hehehe...resepi
ni QH main buh je ape yang rasanya sesuai...tapi tak sangka hasilnye sedap...hehehe...pada
yang ingin mencuba sila2kan yea...resepinya ade seperti di bawah tu...
SUP KETAM
Bahan2
Bahan2
4 ekor ketam sederhana besar - buang cengkerang dan kerat 2, bersihkan
4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
2 biji pelaga
2 biji ubi kentang - dibelah 6
1 batang lobak merah
1 bungkus sup bunjut Adabi
1 bungkus rempah sup
1 sudu besar rempah kurma
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1.5l air atau secukupnya
daun sup – hiris
daun bawang - hiris
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan
daun sup
daun bawang
bawang goreng
Caranya
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis,
bunga lawang, cengkih dan biji pelaga serta bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah sup, rempah kurma,
serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah kacau rata dan masukkan air. Biar kuah
mendidih.
3. Masukkan kentang dan biarkan tiga
suku masak.
4. Masukkan ketam, gula dan garam secukup
rasa.
5. Masukkan lobak merah dan biar
mendidih sebentar.
6. Seimbangkan rasa dan tutup api.
Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan bersama dengan nasi
impit, sambal kicap, soon goreng, bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
SAMBAL KICAP
Bahan2
2
biji bawang merah
4
ulas bawang putih
10
biji lada merah dan hijau
15
– 20 biji cili padi merah dan hijau
1
biji air perahan limau kasturi
Garam
dan gula secukup rasa
Kicap
lemak manis secukupnya
Caranya
1.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali leper atau pan.
2.
Gorengkan sebentar bawang merah, bawang putih, lada merah dan hijau serta cili
padi sehingga laju.
3.
Angkat dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
4.
Tuang ke dalam bekas yang lain, tambahkan garam dan gula secukup rasa serta
kicap secukupnya.
5.
Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis. Seimbangkan rasanya. Siap untuk
dihidang.
*
nasi impit hendaklah direbus awal. Seeloknya rebus malam dan biarkan sejuk.
Post a Comment