KILLER BREAD CHOCOLATE
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Opsss!!!
termeroti tanpa sengaja pula kali ni...hehehe...macam mana tak tersengaja
apabila kemas2 tengok tepung roti dah tak lama hayatnya...hihihi...dari
dibiarkan membazir macam tu sahaja...rajinkan juga la menguli...QH menguli
menggunakan mixer je ni...Alhamdulillah masih sempurna kejadiaannya...
Resepi
roti QH masih menggunakan resepi Killer Bread yang pernah QH cuba sebelum ni...memang
sudah terjatuh cinta dengan resepi..resepi yang simple tapi hasilnya
meletopss...nampak kegebuan dan kelembutannya...kali ni QH buat perasa coklat
pula...pastu uli doh kecil2 dan di bakar menggunakan loyang bersaiz 8x8”...resepi roti ni boleh dipelbagaikan
mengikut kreativiti masing2...ok la berminat ingin mencuba resepi ada di bawah
yer...resepi ni QH ambil dari blog Greatsword Empire Kitchen...terima kasih abang Ady berkongsi resepi
ni untuk semua...ajommm meroti...SELAMAT MENCUBA!!!
KILLER
BREAD
Source: Ady Greatsword Kitchen
260g bread flour
3g instant dry yeast
160-180g + 2 egg yolk + full cream milk
30g to 40g sugar
2g salt
40g butter
– mix all ingredients (except butter) together and knead
till you get a silky and elastic dough
– incorporate butter and knead till window pane stage
(crucial)
– divide dough into 3 portions, then roll out flat. swiss
roll, and place into greased loaf pan
– rise till dough reaches 90% of height of pan
– bake in preheated oven of 170 degrees C, second lowest
rack for 20-25mins, tenting bread with foil if it browns too quickly
KILLER
BREAD
260 gm tepung roti
3 gm yis kering segera/mauripan
160 - 180 gm + 2 kuning telur + susu
penuh krim - QH letak 180gm
30 gm gula 40 gm - QH letak 40gm
2 gm garam
40 gm mentega
- Campurkan semua bahan (kecuali
mentega) bersama-sama dan uli sehingga anda mendapat doh seperti sutera dan
elastik.
- Masukkan mentega dan uli sehingga
doh elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang atau naik sekali ganda. Tutup
bekas dengan penutup yang sesuai.
- Panaskan oven.
- Bila dah mengembang, tumbuk2 doh
untuk keluarkan angin.
- Sediakan bekas atau loyang yang
sesuai. Griskan loyang dengan mentega.
- Bahagikan adunan sama rata beratnya.
- Masukkan ke dalam oven seketika
sehingga doh naik lagi sekali ganda. Buka sedikit penutup oven.
- Kenaikan sehingga doh mencapai 90%
daripada ketinggian pan.
- Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170'C selama lebih
kurang 20 - 25 minit.
Post a Comment