SAMBAL TUMIS DAGING BURGER
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah...dalam
beberapa jam sahaja semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan
Ramadhan dan di Malaysia pula malam ni merupakan Terawih yang pertama...dihening
pagi nanti akan bermula sahur pertama...tiada apa yang diinginkan selain semoga
ibadah puasa kali ni akan diberkati olehNya...
Baiklah...bila
masuk sahaja bulan Ramadhan ni...mula la akan merasa buntu untuk menyediakan
hidangan bukan...QH pon sama turut alami masalah tersebut...kebiasaan bila
bulan puasa ni menu yang ingin disediakan pasti nak yang istimewakan dari hari2
biasa...rajin pon akan meningkat dari biasa juga...hehehe...
Apa
yang ingin QH kongsikan resepi hari ni adalah sebahagian cadangan hidangan untuk
bulan puasa ni...sangat mudah dan senang dimasak...sesuai di makan bersama nasi
putih atau juga boleh dimakan bersama nasi lemak...sesuai juga di makan ketika waktu
bersahur...
Daging
burger yang QH gunakan dalam resepi ini adalah daging burger kebab mini...di
mana QH membelinya dari kawan FB iaitu Ida Layla...daging burger ni selain di
makan begitu sahaja ianya juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti
memasing...resepi ni adalah sentuhan resepi belasahan QH...jika ingin mencuba
resepinya seperti di bawah...SELAMAT MENCUBA!!!
SAMBAL TUMIS DAGING BURGER
Bahan2
20-25 keping daging burger kebab mini ayam – jika guna daging burger besar hendaklah dibelah 4
20-30 tangkai lada kering – dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar – dihiris
Segenggam ikan bilis
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
Caranya
1. Panaskan minyak untuk menggoreng daging burger. Goreng daging burger sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
3. Masukan bahan tumis dan kacau sehingga naik baunya serta garing. Selepas itu, masukkan ikan bilis dan kacau lagi sehingga rata.
4. Masukkan pula lada kering yang telah dikisar tadi. Perlahankan api. Kacau hingga rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata. Tambahkan kiub ayam dan kacau rata.
6. Tambahkan air secukupnya. Kacau lagi. Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan daging burger yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris. Perasakan rasanya dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila rasa sudah sempurna, matikan api. Siap.
Post a Comment