Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHOCOLATE ROCHER



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan ke-19


Tidak lengkap rasanya bila tiba musim raya jika tidak berkongsi resepi biskut raya pada semua...telah menjadi kebiasaan buat QH ingin berkongsi biskut raya yang QH buat...walaupon ianya hanya sekadar biskut raya yang simple sahaja...tentu ramai yang tertunggu2 apa la biskut raya dari QH kali ni kan...jika ada yang membeli Saji Mei 2017 edisi istimewa Aidilfitri di situ QH ada kongsikan 10 resepi biskut yang terkini...rugi jika tidak dapatkannya...


Biskut raya QH kali ni sangat senang...tidak perlu dibakar pon...malam raya pon masih boleh disiapkan kalau nak...hihihi...yang pasti jika dihidangkan tentu biskut ini akan habis dulu...penuh rasa coklat siapa yang tidak sukakan...rasanya tidak terlalu manis dan sangat kenalah dengan bahan yang digunakan...crunchy gitu...

Berminat ingin mencuba resepinya QH sediakan seperti di bawah yer...SELAMAT MENCUBA!!!


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERSAHUR...


Chocolate Rocher

Bahan2
1kg coklat kompaun beryls
250 gm koko krunch mini
250 gm cornflakes mini
200 gm kacang hazel – bakar dan kisar kasar
150 gm almond nibs – bakar

Caranya
1. Bakar sebentar almond nibs selama 20 min dengan suhu 120C. Kacang hazel selama 20-25min dengan suhu 120C. Biarkan sejuk sebentar kemudian kisar kasar kacang hazel tadi. Ketepikan.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Apabila coklat telah cair matikan api dan alihkan dari dapur.
3. Masukkan koko krunch, cornflakes, hazelnut dan almond nibs. Kacau sehingga bahan semuanya rata disaluti dengan coklat.

4. Sediakan papercup secukupnya. Letakkan adunan tadi ke dalam papercup dan hiaskan dengan topping pilihan. Biarkan ianya sehingga mengeras. Apabila coklat telah keras dan tidak melekit, susun ke dalam bekas kedap udara. Siap.



2 comments

adda syuhada said...

sedapnyer...

Kak Nita said...

sama la kita , kaknita pon suka kuih ni sebab sedap ,senang dan cepat..