TELUR PINDANG MASAK SAMBAL
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Hari
ni QH kongsikan pula resepi telur pindang masak sambal…kalau nak tahu,
sebenarnya dah lama QH mengidam nak makan lauk ni…ye la bukan senang nak jumpa
telur pindang ni kalau tiada musim orang kawin…sebabnya kat Johor aje boleh
jumpa semua tu…hehehe…kat tempat atau negeri lain mungkin ada tetapi tidak
sehebat seperti di Johor…di Johor dimana2 boleh jumpa telur pindang ni…lagi
satu tak semuanya akan sedap…pernah jumpa kulit telurnya tu warna coklat dan cantik
dah tetapi rasa tidak beraroma langsung…bukan mudah untuk menyediakan telur
pindang ni…segala jenis daun kena cukup baru la sedap…QH sendiri pon tak kenal
jenis2 daun yang digunakan…tau2 jumpa yang dah siap dan makan sahaja…hehehe
Memang
dah rezekikan…baru2 ni kebetulan ada majlis kawin di Johor…jadi dapatlah QH
membungkus telur pindang ni beberapa biji…tu belum kira yang dimakan macam tu
sahaja…QH memang suka sangat telur pindang ni…kebetulan yang ni sedap pula
rasanya…sedap je mengopek dan makan…hehehe…rezeki juga buat QH dapat
menyambalkan telur ni bila tiba di KL…puashati dapat makan dengan resepi
belasahan QH ni…macam tersedap dan cukup rasa pon ada jugak…hihihi…bertambah2
tau makan…Alhamdulillah…nak tahu apa bahan2 yang QH gunakan…boleh rujuk resepi
seperti di bawah tu yer…maaf jika ada kekurangan dalam resepi ni…SELAMAT
MENCUBA!!!
TELUR PINDANG MASAK SAMBAL
BAHAN2
8-10
biji telur pindang
4
biji bawang merah
3
ulas bawang putih
1
biji bawang besar
1/2
inci halia
1/2
inci kunyit
1
batang serai
15-20
tangkai cili kering – rebus dan kisar
2
sudu besar sos cili
1
sudu besar sos tomato
Sedikit
air
Gula
dan garam secukup rasa
Minyak
masak untuk menumis
CARANYA
Kupas
kulit telur pindang dan ketepikan.
Kisar
bawang merah, putih, besar, halia, kunyit dan serai.
Panaskan
minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik bau.
Masukkan
pula lada kering yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan
sos cili dan sos tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit air.
Masukkan
garam dan gula secukup rasa.
Akhir
sekali masukkan telur pindang yang telah dibuang kulit satu persatu. Gaul rata.
Jika rasa telah ok, matikan
api dan sedia untuk dihidang.
Post a Comment