Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK LAPIS COKLAT PANDAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bersua kembali…
Rasanya agak terlalu lamakan QH tak kongsikan resepi kek lapis di blog…sebenarnya kalau di luar QH banyak kali juga buat dan siap ambil tempahan jika ada yang berminat…cumanya QH tak sempat nak ambil gambar dan share ke sini…
Haaa kalau ada yang nak merasa dan mencuba hasil airtangan QH…bolehlah pm tepi dan buat tempahan…heee…in shaa Allah QH akan berikan yang terbaik…


Ok la…masa ni QH memang sangat2 teringin nak makan kek lapis perisa coklat dan pandan…kalau nak tahu kek lapis ni QH buat pada raya haji yang lepas…haaa dah lama kan…biase la suka kumpul resepi…bila ada masa baru la update ke sini…


Seperti biase QH lebih gemar menggunakan resepi dari Kak Dayang…walaupun QH tak tahu di mana tika ni kak Dayang berada…semoga akak sentiasa di dalam rahmatNya…resepi kek lapis dari akak sentiasa menjadi rujukan QH…terima kasih bebanyak kak…

Setiap kali QH melapis pasti resepi ni menjadi pilihan QH…lepas tu QH olah2kan mengikut citarasa QH ketika itu…

Kali ni QH buat perasa pandan dan coklat…dimana QH bahagikan adunan tersebut kepada 13 lapis…perasa pandan tu QH lebihkan selapis…boleh rujuk gambar…setiap lapisan QH timbang untuk mendapatkan berat dan ketebalan yang sama…kalau rajin nak tambahkan lapisan tu senipis yang mungkin pon boleh…kek lapis QH ni versi malas sikit…lapisnya tebal2…hehehe


ajommm la rujuk resepi di bawah ni jika ada yang berminat…SELAMAT MENCUBA


KEK LAPIS – coklat&pandan
sumber DayangJack@DapurKu SaYang

BAHAN2
loyang 8"x8"
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna Anchor
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) – QH guna tepung hongkong
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste

2 sudu besar coklat emulco


CARANYA
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste (QH lebihkan selapis perasa pandan ni) dan satu bahagian lagi dicampurkan coklat emulco.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya.
Tuangkan lapisan pertama ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160-170C mengikut oven masing2 selama 15 minit.
Buat selapis demi selapis, berselang seli sehingga habis.
Setiap kali selepas lapisan dibakar sapukan/griskan dengan mentega dan baru la tuang lapisan seterusnya. 
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 

Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat)


Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.


2 comments

Nasa Mulia said...

Faveret kek lapis, tapi nak buat tu bercinta, kena betul2 free baru boleh buat....kek lapis mcm ini pernah juga buat, ambl resepi dari buku Rabiah Amit.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Dah lama rasanya sy tak melapis, jeles tengok kek lapis QH ni tau