KERABU KERANG ALA THAI
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Kembali
atas permintaan…heeeee
Jahat
tau korang ni…QH baru jer macam nak rancang2 rehat sebentar…tapi dah ade yang
ingatkan QH supaya update blog…hihihi
Sebenarnya
QH sibuk sedikit minggu ni dengan kerja2 hakiki di pejabat tapi demi pengikut2 setia QH…tak sanggup lak untuk menghampakan semua...QH sedia berkorban dan turutkan jua kehendakmu itu…
Makanya
QH curi la sedikit masa untuk siapkan entri hari ni…dah aci kan…hehehe
Ok
la kali ni blog QH tampil dengan resepi viral…sana sini la QH tengok ramai yang
update kerabu kerang ala thai ni…bermacam jenis dan versi ada resepi2 ni…kebanyakkan
resepi yang QH jumpa bahan2 yang digunakan mengikut agaran…mengikut kesesuaian
selera memasing…dari resepi2 tersebutlah QH kumpul dan satukan la di sini…maaf
jika terdapat kekurangan pada resepi ini…maklumlah resepi ni pon mengikut
selera QH…
Pada
sesiapa pon empunya dan pencetus terjadinya resepi viral ni…QH ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dan idea kepada
semua…dapat juga kawan2 yang lain merasai kelazatan kerabu kerang ni…sebabnya
lagi sangat berpuashati apabila buat sendiri…boleh buat dan makan sebanyak mana yang boleh…kalau
nak tahu sedap juga tau dimakan begitu saja…baik la resepi kerabu kerang ni
seperti di bawah yea…SELAMAT MENCUBA
KERABU KERANG ALA THAI
Bahan2
1
kg kerang
2
biji tomato – potong kiub kecil2
1
biji bawang besar – potong kiub
2-3
sdb sos ikan
1
biji perahan air limau nipis
suku
cawan air asam jawa
Daun
ketumbar – lebih kurang sepokok (hiris lebih kurang 1/2 inci)
6-7
batang kacang botol – celur sebentar dengan air panas
Garam
dan gula secukupnya
Bahan kisar
12
biji cili padi merah dan hijau – kisar kasar
2
biji cili merah – kisar kasar
1
biji bawang besar – kisar kasar
1
inci belacan – dibakar dan kisar
*
jika suka boleh tambah bawang putih – kisarkan bersama dengan bahan kisar tadi
Caranya
Basuh
dan rebus bersama beberapa hirisan halia hingga ada kerang yang terbuka sedikit.
Tapis
kerang dan buang air rebusan tadi. Rendam kerang tadi dengan air bersih dan
letakkan ais batu ke dalamnya. Tujuannya untuk kerang tadi kekal segar.
Dalam
bekas berasingan masukkan bahan kisar tadi. Satukan bawang besar, tomato, daun
ketumbar dan kacang botol yang telah dipotong.
Masukkan
sos ikan, air limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
Kopekkan
kerang yang direndam ais tadi. Buang separuh kulit kerang.
Gaulkan
kerang tadi ke dalam bahan kisar hingga rata. Sesuaikan rasanya. Siap.
Post a Comment