PAI COKLAT EPAL STRAWBERI
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Masih
dalam mood membaking lagi…
Kali
ni keinginan QH nak makan pai epal pulak…adoiii rosak la program diet QH…hehehe
Macam2
yang diteringinnya…
Resepi
ni QH ceduk dari buku Siri Masakan QH…yang best QH bereksperimen 2 resepi
menjadi satu…cewahhhh macam chef professional pulekk…heeeee
QH
membuat sedikit kelainan sedikit dalam pai epal ni…kebiasaan kita lihat dan
makan kulit pai yang original tu je kan…
Yang
ni QH olahkan sedikit menambahkan serbuk koko untuk mendapatkan rasa coklak dan QH tambahkan sedikit buah strawberi...kebetulan ada belen stok...
tak
cuba sesuatu yang baru…tak tahukan rasanya itu mengena ataupon tidak
Pai
coklat epal yang QH dah buat ni terdapat kesilapan sedikit…dimana isinya
sedikit dan tidak tebal…boleh rujuk pada gambar…salah bajet masa ni…heeee
tetapi
resepi di bawah ni QH dah perbetulkan…in shaa Allah kejadiannya akan sempurna…jika
tidak berlaku kesilapan kita tidak tahu mana yang silapkan
Pai
ni rasanya sangat sedap la pada QH…tidak manis dan mengenyangkan…kalau rajin
rasanya lagi sedap kalau dibuat kecil2…senang dan mudah untuk dimakan dan tak
perlu sibuk2 nak potong2 bagai…dan kulitnya dinipiskan lagi sedikit mesti
perfect kejadiannya…ingin mencuba resepi seperti di bawah yer…SELAMAT MENCUBA
PAI COKLAT EPAL
BAHAN PAI
150
gm mentega (sejuk)
90
gm gula aising
2
biji telur gred B
300
gm tepung gandum
35
gm serbuk koko
1/4
sudu kecil serbuk penaik
CARANYA
Pukul
mentega dan gula aising sehingga kembang dan rata. Masukkan telur dan pukul
lagi.
Masukkan
tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.
Uli sehingga menjadi doh.
Tutup
bekas adunan dengan plastik dan sejukkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
BAHAN INTI
6
biji epal hijau
1/2
sudu kecil perisa lemon / 1 biji parutan kulit lemon
80
gm strawberry – potong dadu
100
gm gula perang
2
sudu besar mentega
2
sudu tepung jagung
Secubit
serbuk kulit kayu manis
Secubit
garam
CARANYA
Epal
dibuang kulit serta biji dan kemudian dipotong dadu. Ketepikan.
Strawberry
bersihkan dan dipotong dadu. Ketepikan.
Panaskan
gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan
epal yang telah dipotong tadi. Gaul rata.
Masukkan
garam, serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaulkan lagi sehingga rata.
Akhir
sekali masukkan parutan kulit lemon dan strawberry. Gaul rata.
Kacau
sehingga epal lembut dan kuah pekat.
Pastikan
ia secukup rasa. Angkat dan biarkan sejuk.
PENYEDIAAN PAI EPAL
Selepas
30 minit, keluarkan doh pasrti dari peti sejuk. Canai doh menjadi nipis dengan
ketebalan 5mm.
Alihkan
ke dalam loyang pai bersaiz 8x8 inci yang telah di gris mentega.
Kemaskan
tepinya dan buangkan lebihan.
Cucuk
adunan dengan menggunakan garpu.
Bakar
selama 20 minit dengan suhu 170C sehingga setengah masak.
Keluarkan
pastri dari oven.
Letakkan
inti di atas pastri sehingga penuh. Tutup atasnya dengan lebihan doh.
Sapukan
atas doh dengan kuning telur hingga rata.
Bakar
pai selama 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 170C.
Post a Comment