Qasey Honey. Powered by Blogger.

PAI COKLAT EPAL STRAWBERI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Masih dalam mood membaking lagi…
Kali ni keinginan QH nak makan pai epal pulak…adoiii rosak la program diet QH…hehehe
Macam2 yang diteringinnya…
Resepi ni QH ceduk dari buku Siri Masakan QH…yang best QH bereksperimen 2 resepi menjadi satu…cewahhhh macam chef professional pulekk…heeeee

QH membuat sedikit kelainan sedikit dalam pai epal ni…kebiasaan kita lihat dan makan kulit pai yang original tu je kan…
Yang ni QH olahkan sedikit menambahkan serbuk koko untuk mendapatkan rasa coklak dan QH tambahkan sedikit buah strawberi...kebetulan ada belen stok...

tak cuba sesuatu yang baru…tak tahukan rasanya itu mengena ataupon tidak


Pai coklat epal yang QH dah buat ni terdapat kesilapan sedikit…dimana isinya sedikit dan tidak tebal…boleh rujuk pada gambar…salah bajet masa ni…heeee
tetapi resepi di bawah ni QH dah perbetulkan…in shaa Allah kejadiannya akan sempurna…jika tidak berlaku kesilapan kita tidak tahu mana yang silapkan


Pai ni rasanya sangat sedap la pada QH…tidak manis dan mengenyangkan…kalau rajin rasanya lagi sedap kalau dibuat kecil2…senang dan mudah untuk dimakan dan tak perlu sibuk2 nak potong2 bagai…dan kulitnya dinipiskan lagi sedikit mesti perfect kejadiannya…ingin mencuba resepi seperti di bawah yer…SELAMAT MENCUBA


PAI COKLAT EPAL

BAHAN PAI
150 gm mentega (sejuk)
90 gm gula aising
2 biji telur gred B
300 gm tepung gandum
35 gm serbuk koko
1/4 sudu kecil serbuk penaik

CARANYA
Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang dan rata. Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata. Uli sehingga menjadi doh.

Tutup bekas adunan dengan plastik dan sejukkan selama 30 minit dalam peti sejuk.


BAHAN INTI
6 biji epal hijau
1/2 sudu kecil perisa lemon / 1 biji parutan kulit lemon
80 gm strawberry – potong dadu
100 gm gula perang
2 sudu besar mentega
2 sudu tepung jagung
Secubit serbuk kulit kayu manis
Secubit garam

CARANYA
Epal dibuang kulit serta biji dan kemudian dipotong dadu. Ketepikan.
Strawberry bersihkan dan dipotong dadu. Ketepikan.
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan epal yang telah dipotong tadi. Gaul rata.
Masukkan garam, serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaulkan lagi sehingga rata.
Akhir sekali masukkan parutan kulit lemon dan strawberry. Gaul rata.
Kacau sehingga epal lembut dan kuah pekat.

Pastikan ia secukup rasa. Angkat dan biarkan sejuk.


PENYEDIAAN PAI EPAL
Selepas 30 minit, keluarkan doh pasrti dari peti sejuk. Canai doh menjadi nipis dengan ketebalan 5mm.
Alihkan ke dalam loyang pai bersaiz 8x8 inci yang telah di gris mentega.
Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Cucuk adunan dengan menggunakan garpu.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C sehingga setengah masak.
Keluarkan pastri dari oven.
Letakkan inti di atas pastri sehingga penuh. Tutup atasnya dengan lebihan doh.
Sapukan atas doh dengan kuning telur hingga rata.
Bakar pai selama 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 170C.
   

1 comment

Sue Izza said...

wowwww bercoklatnyaaa sedapnyaaa...