ROTI BENGGALI / ROTI TAWAR / ROTI BANTAL
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Selamat
berhujung minggu…
Bahagianya
cuti2 ni dapat berehat di rumah…macam biasa la bila rehat2 santai kat rumah…mula
la kerajinan tu datang nak mencuba pelbagai resepi yang di simpan berkurun2 tu…hehehe
Hari
ni terasa2 nak meroti la…dah siap dah pon…hihihi…selagi tepung roti tak habis
kerjanya nak meroti jer…sayang kalau tepung tu dibiarkan gitu je…sebabnya bila
dah terhenti memang susah la untuk kembali…hehehe
Ada
yang panggil roti ni…roti benggali la…roti tawar la…roti bantal la…roti putih
la…terpulang la nak namakan roti ni yang mana satu…hehehe
Resepi
roti ni QH ambil dari rakan IG iaitu Kak Rozietahasan78…suka tengok apabila Che Ta ni meroti bermacam versi dan terkejar pula rasanya…hehehe…terima kasih kak kerana
sudi berkongsi resepi dengan semua…
Roti
yang QH buat ni comot sikit rupanya tetapi rasanya tetap sedap gebus gebas lagi
tau…hihihi
Ada
yang ingin mencuba?? ok di bawah ni ada 2 cara…1 menggunakan mixer dan 1 lagi
menggunakan BM…pilih la yang mana 1 yang menyenangkan…SELAMAT MENCUBA!!!
ROTI BENGGALI/ROTI TAWAR/ROTI BANTAL
sumber:
@rozietahasan78
BAHAN2
350
gm tepung roti
1
tbsp shortening
Secubit
garam – QH letak 1/4 tsp
120-160
ml air suam – QH letak 150 ml
2
tbsp gula kaster
11/2
tsp yis segera
CARANYA
Masukkan
semua bahan2 di atas kecuali shortening & air ke dalam mangkuk pengadun
Masukkan
air sedikit demi sedikit dan uli hingga kenyal
Kemudian
baru masukkan shortening dan uli lagi sehingga elastik
Tutup
doh dengan cling wrap sehingga naik dua kali ganda
Kemudian
tumbuk doh untuk buang anginnya
Bentukkan
doh seperti loaf dan masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak
terlebih dahulu
Rehatkan
doh hingga double size
Bakar
hingga masak (suhu 200C dalam 35 minit atau hingga perang keemasan)
CARA QH
Ambil
bekas BM (breadmaker) sapukan sedikit mentega pada padel menguli untuk
mengelakkn doh melekat dan mudah keluar
Masukkan
kesemua bahan diatas ke dalam BM
Dahulukan
bahan2 cecair dan diikuti bahan2 yang lain
Tekan
menu no 9, tekan loaf dan pilih warna roti. Pilihan QH gelap. Biarkan sehingga
selesai
Apabila
sudah siap, keluarkan dan longgarkan roti perlahan2.
Sejukkan
roti di atas redai besi
Post a Comment