APAM VIRAL 3 BAHAN 3 RASA
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Haaa…tetiba
jerk di FB menjadi hangat dengan resepi apam 3 bahan ni…memula tengok tu macam
tak percaya jugak…boleh ke menjadi apam tu dengan 3 je bahan utama…apam ni
menjadi viral dari minggu lepas lagi…QH ni macam biase la ambil masa dulu baru nak
mencuba…orang lain dah puas post n berkali2 buat baru la QH ni terhegeh2 nak cuba…heeeee
Ok
sebelum QH buat apam ni berbagai ragam la QH nampak dari kawan2 yang lain
mengenai apam viral ni…ada yang buat menjadi ok la dapat makan hasilnye…tak
kurang juga ada yang buat tidak menjadi…yang ni QH tahan gelak tengok…berbagai
rupa bentuk ade…pernah ternampak macam pokok kaktus bile di buat dalam bekas
kecil2 tu…heeee
Resepi
ni di tag oleh salah seorang kawan di FB…ni kes sahut cabaran akak ni la QH
mencuba juga buat apam ni…walaupon ade debar sehingga siap…takpe QH teruskan
juga…nak tau la jugak bagaimana hasilnya dari QH pula…heeee…Alhamdulillah
menjadi dengan gebus gebasnya…resepi ni QH takde tambah apa2 bahan sampingan
kecuali tambah sedikit esen vanila dan perasa2 kegemaran QH…tu aje…bukan ape
sekadar untuk mencantikkan sedikit apam viral ni…heeee...ok tekstur apam viral ni QH buat pagi tapi ianya masih lembut sampai ke malam...cuma sediakan air kalau nak makan apam ni...sebab ianya macam kita makan bahulu...heeee
Kepada
empunya asal resepi ni…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
berkongsi resepi yang menjadi viral dan membuatkan perasaan ingin tahu kawan2 terhadap
resepi ni…giliran QH pula untuk memanjangkan resepi ni di sini…pada yang ingin
mencuba…satu tips dari QH…nak buat apam ni pastikan gunakan mixer bukan blender…kemudian
pukul telur tu betul2 sehingga kembang dan bertukar warnanya kepada putih gebu…in
shaa Allah menjadi la nanti…SELAMAT MENCUBA yer
APAM VIRAL 3 BAHAN 3 RASA
sumber
Kak Haliza Jeran
BAHAN
4
biji telur gred B – QH guna gred A 3 biji
1
cawan gula kastor
1
cawan tepung gandum - ayak
Sedikit
esen vanila
1/4
sudu perisa oren + pewarna oren
1/4
sudu perisa rose + pewarna pink
1/4
sudu perisa keladi + pewarna ungu
CARANYA
Dengan
menggunakan pemutar/mixer, pukul telur sehingga kembang dan putih gebu. Ambil
sedikit masa guna high speed.
Sementara
menunggu telur betul2 kembang, sediakan pengukus dan didihkan airnya.
Kemudian
baru masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tambahkan sedikit esen vanila.
Akhir
sekali masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dengan speed
paling perlahan. Ratakan dengan spatula.
Kemudian
bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
Warnakan
mengikut perasa dan warna pilihan masing2.
Sediakan
bekas yang sesuai kemudian masukkan adunan tadi.
Kukus
selama 20 minit. Tutup penutup dengan kain bersih.
Setelah
siap sejukkan di atas redai kemudian barulah dipotong.
Post a Comment