BURGER AYAM CORNFLAKES
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Buat
kawan2 yang berada di Penang dan beberapa lagi kawasan yang dilanda banjir
semoga tabah dan sabar dengan ujian yang dihadapi…musim banjir begini hendaklah
awasi anak2 sentiasa maklum la bebudak kalau nampak air dan hujan suka jer kan…jangan
ianya menjadi duka…
Pada
adik2 yang menduduki peperiksaan SPM tahun ni semoga berjaya dan buat yang terbaik…dipermudahkan
ketika menjawab soalan dan sentiasa tenang…doa banyak2 yea sebelum menjawab tu…tawakal dan redha...in shaa Allah boleh...
Ok
la ingat lagi tak pada resepi QH yang lepas iaitu roti burger…ni la resepi yang
berkaitan…memula kena sediakan rotinya dahulu sebab nak buat roti ni ambil masa
juga…itu kalau jadi…buatnya tetiba buat hal…haaaa kan naya…heeee
Daging
burger ni QH gunakan peha ayam yang telah dibuang tulangnya…QH beli siap jer
kat market…kemudian disalutkan dengan tepung bestari dan kepingan cornflakes
yang telah dikisar…
Lepas
tu dihiaskan pula dengan epal…saje cipta kelainan sedikit sebabnya kebiasaan
kita makan dengan saladkan…sedap tau dalam pedas2 tu akan rasa masam2 epal tu…tak
percaya cuba sekarang…heeee
Resepinya
ada QH sediakan seperti di bawah…untuk resepi roti burger tu boleh klik di SINI…selamat
mencuba
AYAM GORENG CORNFLAKES
BAHAN2
2
keping ayam tanpa tulang
4
ulas bawang putih – kisar halus
2
inci halia – kisar halus
1
biji telur
Tepung
bistari secukupnya
Kepingan Cornflakes
secukupnya – kisar
Garam
secukup rasa
Minyak
untuk menggoreng
CARANYA
Bersihkan
ayam terlebih dahulu dan toskan.
Letak
garam dan gaul hingga rata.
Kemudian
masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi. Gaul rata dan perapkan
sebentar.
Sementara
tu, panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan ketika menggoreng dalam gorengan
tenggelam.
Ambil
ayam yang telah diperapkan tadi dan salutkan dengan tepung bestari. Ratakan
keseluruhan ayam.
Dalam
bekas yang berlainan, pecahkan telur dan pukul sebentar.
Celupkan
ayam yang disalutakn dengan tepung tadi ke dalam telur dan ratakan.
Kemudian
salutkan pula dengan cornflakes yang telah dikisar tadi dengan rata.
Masukkan
ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Goreng hingga masak dan kuning
keemasan.
Angkat
dan toskan minyaknya.
Boleh
dimakan dengan sos cili atau dengan roti.
CARA PENYEDIAAN BURGER AYAM
Roti
burger
Ayam
goreng cornflakes
Sos
thousand island
Serbuk
cili – jika suka
Sos
cili
Epal
– hiris bulat (boleh tukar dengan salad)
Roti
burger dipotong dua.
Panaskan
bahagian roti ke atas pan sebentar tanpa minyak.
Ambil
roti bahagian bawah, kemudian letakkan ayam goreng cornflakes.
Letakkan
ke atasnya sos thousand island, sos cili/serbuk cili dan letakkan epal yang
telah dihiriskan tadi.
Tutup
dengan roti bahagian atas.
Siap
untuk dihidang.
Post a Comment