Qasey Honey. Powered by Blogger.

IKAN BAWAL BAKAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Berakhir sudah musim sekolah pada tahun 2017 dan bermulanya cuti sekolah buat adik2…maka juga bermula la rutin harian yang agak sibuk bagi surirumah dan mak2…bila dah ramai duduk di rumah sudah tentu anak2 tak henti minta makan itu ini…yang mana pergi bercuti tu selamat la sikit…tak perlu masak…heeee…cuma perlu sediakan duit poket lebih sikit la kan…


Ok la kali ni QH masak lauk kegemaran pula…QH gemar juga makan makanan jenis bakar2 ni…lagi2 ikan bakar la…siap boleh buat ratah lagi tau…sampai berair hidung menahan pedas…heeee…kalau ada lauk ni pasti bertambah nasi…lauk ni je dah cukup sebab taknak keaslian aroma ikan bakar itu hilang…betul2 nikmati tau…resepi ikan bakar ni QH dah pernah kongsikan suatu masa dulu…boleh klik SINI yer…kali ni QH ada la ubah dan tambah2kan ape yang sesuai…resepinya seperti di bawah sana tu yer…cuma kan nak bagitahu…ikan ni QH terlebih bakar pula dan ikan ni nampak sedikit kering tapi macam mana pon rasanya tetap sedap tau…lagi2 bile diperahkan dengan limau kasturi…perghhhh…tak percaya sila la cuba yer


IKAN BAWAL BAKAR

Bahan2
11/2 helai daun kunyit – hiris halus
2 sudu besar rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air (jadikan pes)
15 tangkai cili kering – rendam dan blend
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air asam jawa
Air sekiranya perlu

Bahan kisar
1/2 helai daun kunyit
2 batang serai
2 inci halia
1 biji tomato
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci belacan – di bakar

Minyak untuk menumis


jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula rempah yang telah dijadikan pes dan tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar tadi dan kacau. Biarkan sedikit garing.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris tadi.

Kacau rata dan tunggu sehingga masak. Matikan api.
Hidangkan bersama dengan limau kasturi. Perah limau nipis ke atas ikan bakar tadi.


CARA MEMBAKAR IKAN

Bahan2
Ikan bawal - bersihkan
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil

Lumurkan garam dan serbuk kunyit keseluruhan ikan bawal. Ketepikan.
Sediakan kuali leper atau magic pan.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Ambil separuh sambal ikan tadi. Kemudian letakkan ikan di atas sambal tadi dan siramkan sambal ikan lagi separuh di atas ikan yang hendak dibakar. Balutkan dengan daun pisang dan kemaskan dengan aluminium foil.

Bakar dengan api perlahan dan balik-balikkan magic pan tadi. Bakar sehingga masak.



1 comment

Amie said...

Tentu sedap sungguh ikan bakar QH ni, banyak bahan pengiringnya tuh!