Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Berakhir
sudah musim sekolah pada tahun 2017 dan bermulanya cuti sekolah buat adik2…maka
juga bermula la rutin harian yang agak sibuk bagi surirumah dan mak2…bila dah
ramai duduk di rumah sudah tentu anak2 tak henti minta makan itu ini…yang mana
pergi bercuti tu selamat la sikit…tak perlu masak…heeee…cuma perlu sediakan
duit poket lebih sikit la kan…
Ok la kali
ni QH masak lauk kegemaran pula…QH gemar juga makan makanan jenis bakar2 ni…lagi2
ikan bakar la…siap boleh buat ratah lagi tau…sampai berair hidung menahan pedas…heeee…kalau
ada lauk ni pasti bertambah nasi…lauk ni je dah cukup sebab taknak keaslian
aroma ikan bakar itu hilang…betul2 nikmati tau…resepi ikan bakar ni QH dah
pernah kongsikan suatu masa dulu…boleh klik SINI yer…kali ni QH ada la ubah dan
tambah2kan ape yang sesuai…resepinya seperti di bawah sana tu yer…cuma kan nak
bagitahu…ikan ni QH terlebih bakar pula dan ikan ni nampak sedikit kering tapi
macam mana pon rasanya tetap sedap tau…lagi2 bile diperahkan dengan limau
kasturi…perghhhh…tak percaya sila la cuba yer
IKAN BAWAL BAKAR
Bahan2
11/2 helai daun kunyit – hiris halus
2 sudu besar rempah kari ikan –
bancuh dengan sedikit air (jadikan pes)
15 tangkai cili kering – rendam dan
blend
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air asam jawa
Air sekiranya perlu
Bahan kisar
1/2 helai daun kunyit
2 batang serai
2 inci halia
1 biji tomato
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci belacan – di bakar
Minyak untuk menumis
CARANYA
Tumiskan bahan kisar sehingga garing
dan wangi.
Masukkan pula rempah yang telah
dijadikan pes dan tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan cili kering yang
telah dikisar tadi dan kacau. Biarkan sedikit garing.
Masukkan air asam jawa dan kacau
rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit
air dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris tadi.
Kacau rata dan tunggu sehingga masak.
Matikan api.
Hidangkan bersama dengan limau
kasturi. Perah limau nipis ke atas ikan bakar tadi.
CARA MEMBAKAR IKAN
Bahan2
Ikan bawal - bersihkan
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil
Lumurkan garam dan serbuk kunyit
keseluruhan ikan bawal. Ketepikan.
Sediakan kuali leper atau magic pan.
Sediakan aluminium foil dan daun
pisang untuk membalut ikan.
Ambil separuh sambal ikan tadi. Kemudian
letakkan ikan di atas sambal tadi dan siramkan sambal ikan lagi separuh di atas
ikan yang hendak dibakar. Balutkan dengan daun pisang dan kemaskan dengan
aluminium foil.
Bakar dengan api perlahan dan
balik-balikkan magic pan tadi. Bakar sehingga masak.
Post a Comment