Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI BURGER CHEESE



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Sesejak ada breadmaker dari Pensonic ni rajin pula nak meroti…heee…sebab apa yer??? sebabnya dengan adanya bantuan daripada bibik senang kerja2 nak menguli roti ni…campak2kan sahaja bahan2 dalam tu…siap la doh roti tu dengan cantik…nak menguli dengan tangan memang QH tak pandai…entah jadi roti ke lempeng nanti…heeee


Kali ni selera QH teringin nak makan burger la…tapi sebelum tu kena la siapkan rotinya dahulu…resepinya QH ambil dari kawan IG iaitu kak Ainazarina…macam2 resepi roti yang dihasilkan mana hati tidak terpaut…terima kasih yer kak…QH kongsikan resepi ni di sini pula…


Tapikan rasanya sekarang ni macam ramai yang meroti sendiri tau…tengok la di FB ker…IG ker pasti akan terjumpa kawan2 di luar sana membuat roti dengan pelbagai bentuk dan rasa…sebabkan QH nak makan burger…haaaa burger apa tu QH rahsiakan dahulu…yang itu QH akan update kemudian yea…jadi roti yang QH hasilkan ni simple sahaja…in shaa Allah akan datang QH cuba pelbagaikan lagi…di dalam resepi ni QH membuat sedikit olahan dengan meletakkan cheddar cheese di atanya roti tu…itu saja…heeeee...nak cuba resepi ada di bawah yer...SELAMAT MEMCUBA


ROTI BURGER
sumber Ainazarina77
resepi asal Norhayani Mohd Noor

BAHAN A
250 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung

BAHAN B
180 ml air sejuk
1 sudu kecil yis

BAHAN C
40 gm mentega

Sedikit bijan untuk hiasan – QH tak letak
Parutan Cheese cheddar – QH tambah
1 sudu besar susu segar + 1 biji kuning telur – untuk sapuan atas roti


CARANYA
Masukkan bahan B dalam BM (breadmaker)
Masukkan pula bahan A
Uli 5 minit kemudian campur bahan C
Selesai proses doh, keluarkan dan tumbuk untuk buang angin
Uli sebentar, timbang 60 gm rounding, susun ring burger atas tray dan letak doh – takde ring burger boleh gantikkan dengan kertas dan bentukkan bulat seperti ring
Tunggu doh naik cantik, sapu eggwash dan tabur bijan – lepas sapu eggwash QH letakkan parutan cheese cheddar

Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit


1 comment

Unknown said...

assalamua'laikum QH
wah dah berwajah baru dah blog ni cantik lah
macam puan dia jugak lah
roti burger cheese tu apa lagi memang terliur dah kaknoor tengok