AIR DETOX SODA
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Haaa...tu
dia nampak tak ape yang QH nak kongsikan hari ni...ewahh ewahhh nampak macam
acah2 diet aje tu...heeee...sesekali kena la cuci perut tu sikit...dah pelbagai simpanan yang tersimpankan...
Ini
bukan la resepi baru dan bukan la pertama kali QH buat...cuma baru ni QH
kongsikan di dalam blog...mood menembak QH masih belum jemu lagi...lagi pon
ianya sebagai satu terapi buat QH bile snap gambar cantik2 ni...opsss cantik
ker...ade orang perasan ni...heeee
Kalau
nak tahu, inilah salah satu cara yang QH amalkan dalam diet harian QH...tapi
tidak la hari2 QH minum air detox ni dan tidak la QH ni rajin nak buat air ni
sentiasa...sebab dah senang dapat...terasa tu kita beli aje yang dah siap...
padahal
nak buat air ni senang aje...haaa sebab senang la sampai QH terlupa pulak nak
letak asam boi kali ni...dah siap ambil gambar dan relaks2 minum baru perasan
rasa lain pulak air ni kali ni...rupanya ada bahan yang tertinggal...adoiii...faktor
usia kot...heeee...sila jangan ikut tau...nak buat air ni sebenarnya takde
sukatan yang perlu diikut...ikut anggaran sahaja dan secukup rasa...sedap tau
bila diminum sejuk2...kalau nak ikut cara QH resepinya seperti di bawah yer...
AIR DETOX SODA
BAHAN2
1
botol ais krim soda
2
cawan air masak suam – untuk kurangkan manis
6
batang serai – diketuk/dititik
2-3
biji lemon – hiris bulat dan bulat
Limau
kasturi jika suka
Daun
pudina secukupnya
Halia
muda – hiris nipis
Asam boi secukupnya
CARANYA
Sediakan
jug. Satukan ais krim soda dan air suam. Kacau rata.
Di
dalam jug yang sama atau bekas/botol/gelas, masukkan serai, hirisan lemon, halia,
asam boi dan daun pudina.
Tuangkan
bancuhan ais krim soda tadi secukupnya.
Kemudian
masukkan air tadi ke dalam peti sejuk. Lagi sedap biarkan semalaman.
Sedap
dinikmati ketika sejuk.
Post a Comment