KILLER BREAD - PANDAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Meroti lagi...
Kemaskini folder ternampak lak resepi ni terselit...lama sangat dah QH
buat roti ni...ketika QH balik ke kampung...sampai tak ingat dah bile tu...heeee
Disebabkan resepi roti ni yang paling senang...dapat la QH buat roti ni
di kampung...bahan2 pon cuma perlu beli tepung roti jer...bahan2 yang lain dah
ada di rumah mak QH...lagipon resepi ni dah menjadi peberet QH...senang la nak
handle resepi ni...in shaa Allah setiap kali buat pasti takde masalah dan menjadi
jerr..
Boleh klik di SINI dan SINI sebagai bukti berkali2 QH buat mengunakan
resepi roti yang sama dengan pelbagai versi...baru2 ni pon QH ade meroti lagi
menggunakan resepi ni...yang tu nanti QH update kendian yerr...
Nak mencuba juga?? Sila tengok resepi yang QH sediakan seperti di bawah
tu yer...tengok yang versi Bahasa Melayu tu...di situ QH ada nyatakan bagaimana
QH hasilkan roti ni...tak lupa kredit buat Abang Ady Greatsword
Kitchen atas perkongsian resepi yang menjadi salah satu peberet
QH...terima kasih banyak2...SELAMAT MENCUBA
KILLER BREAD
Source: Ady Greatsword
Kitchen
260g bread flour
3g instant dry yeast
160-180g + 2 egg yolk +
full cream milk
30g to 40g sugar
2g salt
40g butter
– mix all ingredients (except butter)
together and knead till you get a silky and elastic dough
– incorporate butter and knead till
window pane stage (crucial)
– divide dough into 3 portions, then
roll out flat. swiss roll, and place into greased loaf pan
– rise till dough reaches 90% of
height of pan
– bake in preheated oven of 170
degrees C, second lowest rack for 20-25mins, tenting bread with foil if it
browns too quickly
KILLER BREAD
260 gm tepung
roti
3 gm yis kering
segera/mauripan
160 - 180 gm + 2
kuning telur + susu penuh krim - QH letak 180gm
30 - 40 gm gula
- QH letak 40gm
2 gm garam
40 gm mentega
Paste pandan +
pewarna hijau
- Campurkan
semua bahan (kecuali mentega) bersama-sama dan uli sehingga anda mendapat doh
seperti sutera dan elastik.
- Masukkan
mentega dan uli sehingga doh elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang atau
naik sekali ganda. Tutup bekas dengan penutup yang sesuai.
- Bila dah
mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
- Sediakan bekas
atau loyang yang sesuai. Griskan loyang dengan mentega.
- Bahagikan
adunan kepada dua bahagian sama beratnya. Satu dibiarkan dengan warna asal dan
satu bahagian lagi ditambahkan dengan sedikit paste pandan dan pewarna hijau.
- Rehatkan lagi
sehingga naik sekali ganda.
- Kenaikan
sehingga doh mencapai 90% daripada ketinggian pan.
- Bakar dalam ketuhar yang bersuhu
170'C selama lebih kurang 20 - 25 minit.
Post a Comment