Qasey Honey. Powered by Blogger.

MEDIA LAUNCH - THE MALAY KITCHEN, RECIPES FOR THERMOMIX



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Tahu tak apa itu Thermomix®??
Haaa...ni QH nak kongsikan pada semua…jangan malas baca tau. Banyak info menarik mengenai produk ni yang QH nak ceritakan. Pasti lepas ni ada yang terjatuh cinta nanti dengan Thermomix® ni...yupp QH pon lepas diperkenalkan dengan produk ni, tidur malam selalu tak lena…heeeee

Ok sebelum tu, QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team RougePR iaitu Ms Elfy Yap kerana sudi menjemput QH ke acara pelancaran “Buku Masakan Melayu Thermomix® Pertama di Dunia - The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”. 


Menurut Encik JH Lim selaku Pengarah Eksekutif Thermomix® Malaysia, Thermomix® ni telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2009 lagi dan sejak model terbaru, Thermomix® TM5 diperkenalkan di seluruh dunia, sebanyak 1.4 juta unit telah terjual pada tahun 2016 sahaja...wowww banyak kan dan juga laris, sudah tentu produk ni sangat menarik la kan.

Dah berkenan? Jom kenal jenama Thermomix® TM5.

Thermomix® yang dikenali sebagai jenama perkakas dapur canggih di peringkat antarabangsa, ia berasal dari negara German dan mempunyai sejarah melebihi 50 tahun dalam bidang technologi dapur di seluruh dunia.

Thermomix® di Malaysia sentiasa berpegang kepada misinya untuk menawarkan kaedah memasak yang paling senang bagi rakyat Malaysia terutama kepada isteri2 yang bekerjaya, sudah tentu masa untuk memasak agak terhad dan dengan adanya Thermomix®TM5 ni, kerja memasak dan menyediakan hidangan akan menjadi lebih cepat dan singkat.


Didatangi dengan 1 bilah mata pisau, Thermomix®TM5 ni mempunyai lebih dari 12 fungsi dapur hanya di hujung jari sahaja. Antara fungsi-fungsinya termasuk menggaul, mengukus, memutar, menimbang, mengacau, mengisar, memukul, mengemulsi, mereneh, menguli, memasak dan mencincang…haaa dengan hanya menyentuh skrin pada Thermomix®TM5 ni, banyak kerja2 sedia dan masak lebih dari satu hidangan sekaligus dapat dilakukan  dalam 1 masa. 


Gabungan yang terdapat di dalam satu perkakas dapur ini, ia membolehkan pengguna menjimatkan masa, wang, usaha penyediaan makanan dan memasak di dapur. Berserta dengan teknologi revolusi Cip Resepi yang dicipta khas, ia juga boleh memberi bimbingan memasak langkah demi langkah. Cip Resepi ini boleh disamakan buku memasak digital tau? Canggih tak? Pasang je kat mesin ni, semua koleksi resepi menarik boleh dilayari dan dipelajari dengan ada bimbingan masak sekali! Boleh nampak bahawa Thermomix sangat komited untuk membantu rakyat Malaysia memasak lebih kerap di rumah dan kurang bergantung kepada makanan yang sedia dimakan.


Tambahan lagi, paparan sentuh berwarna yang intuitif dibina khas untuk pengawalan yang senang, cepat dan tepat. Hanya perlu memilih resepi dari paparan sentuh, dan mengikut arahan cara memasak dalam masa yang telah ditentukan. Dengan Thermomix®TM5, pengawalan masa, suhu dan kelajuannya yang tepat, dijamin akan memperolehi hasil masakan yang konsisten, berkualiti dan lazat setiap kali memasak. Pendekkata, kita dapat menjimatkan masa memasak dan tidak la berlaku minyak terperecik ke, lantai dapur pon tak la kotor. Masa untuk kemas dan cuci dapur pun disingkatkan.


Dalam kotak Thermomix® ni, selain dari mangkuk adunan keluli tahan karat bersaiz 2.2L ianya dibekalkan dengan aksesori yang lain dan menarik iaitu Varoma (muatan 3.3L) untuk tujuan mengukus, sebuah bakul mereneh, kembaran memukul dan mengacau juga dikenali sebagai ‘butterfly’, penutup mangkuk dengan cawan sukat, spatula, dengan cakera keselamatan (safety disk).


Dah kenalkan serba sedikit mengenai Thermomix® TM5 ni…ajomm QH nak ajak semua ke segmen seterusnya iaitu demo masakan dari Chef Thermomix®Malaysia iaitu Puan Suriya Abdullah selaku pemaju resepi Thermomix® dan pengarang “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”. Buku resepi ini adalah buku masakan Melayu pertama di dunia dari Thermomix®, khas untuk para pengguna Thermomix®. Hebatkan?


Di dalam buku ini terdapat 60 jenis resepi, semuanya terdiri daripada koleksi kegemaran masakan Melayu Puan Suriya dan keluarga beliau. Buku ini dihiasi dengan “hardcover” menampakkan buku ini sangat eksklusif. Ia menampilkan resepi masakan tradisional di dalam edisi dwibasaha iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Keseluruhan resepinya merangkumi makanan ringan, hidangan utama dan pencuci mulut yang digemari sepanjang masa.

Buku ini menyediakan perancangan menu, panduan dan petua2 berguna yang akan membantu menjimatkan masa sediakan bahan dan memasak di dapur. Selain itu, terdapat juga gambar rempah ratus, herba dan bahan-bahan yang biasa digunakan dalam masakan tradisional Melayu, bagi memudahkan para pengguna mereplikasi kahalusan hidangan yang autentik.


Tujuan buku masakan ini adalah sebagai sambutan kepada golongan keluarga Malaysia yang inginkan alternatif makanan yang lebih sihat termasuk manisan dan pastri, terutamanya kepada pesakit diabetes. Thermomix®mengambil peranan proaktif untuk mendidik dan menggalakkan trend masakan dan cara pemakanan sihat di kalangan orang awam bagi mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes.


Bersempena pelancaran buku, ni, Puan Suriya Abdullah membuat demonstrasi memasak 5 resepi Melayu klasik beliau dengan menggunakan Thermomix®TM5. Apakah ia?? Rendang Ayam Nogori, Udang Goreng Kunyit, Kacang Botol Goreng Bercili, Nasi Kampung dan Agar-agar Gula Melaka. Lagi tiga resepi tambahan adalah air lemon, oren sorbet dan mantau. Demonstrasi ini bertujuan mempamerkan keajaiban senang memasak di rumah dengan menggunakan Thermomix® TM5. Memang sangat senang kerana dalam masa lebih kurang 2 jam dah mampu menghasilkan 5 masakan Melayu sekaligus. Bayangkan memasak untuk ahli keluarga yang beramai dengan mesin ni, boleh jimatkan lebih masa dan makanan pun lebih sihat. 


Lepas demo tu, sudah tentu la ada acara makan2 pula. Dapat la merasa masakan yang dimasak tadi. Semuanya sedap2 belaka tetapi antara semua hidangan tu yang paling QH suka adalah rendang ayam nogori yang sangat senang dimasak dengan menggunakan Thermomix®sebab ianya tidak perlu dikacau semasa memasak. Biarkan mesin memasak, dan tau2 jer dah siap! Rempah ratusnya berbau kuat dan sangat beraroma. Untuk hidangan udang goreng kunyit, udangnya sangat manis dan rangup seperti digoreng atas kuali. Nasi kampong yang pedas tu memang kegemaran QH juga dan Agar-agar Gula Melaka cukup manis.


Secara ringkasnya, dengan adanya Thermomix® ini
1. Semua orang boleh memasak – Thermomix® dapat mengambil alih kaedah memasak dengan lebih mudah.
2. Mengawal bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam makanan anda – mengurangkan bahan tidak sihat seperti garam, gula dan minyak berlebihan, aditif, pengawet dan lain2.
3. Mengawal nutrien maksimum dalam masakan pada suhu rendah dan mengelakkan sebarang alergen.
4. Makanan sihat tidak perlu merasa hambar, mentah ataupun beralakan vegan. Dengan kombinasi dan penyediaan yang betul, bahan2 asli mampu mengeluarkan rasa enak pada makanan.
5. Memasak tidak perlu dalam keadaan bersepah.
6. Menjimatkan wang dengan menghasilkan hidangan-hidangan dibuat sendiri.
7. Lebih banyak masa terjalin bersama keluarga apabila semua orang memasak bersama.

Mesti ada yang tertanya-tanya, berapa la pulak harga dan di mana boleh dapatkan Thermomix®TM5 ni kan. Harga bagi sebuah Thermomix® TM5 ini adalah RM6,488.00, bersama pakej ini termasuklah:
-   “Basic Cook Book” rasmi Thermomix® dengan 175 jenis resepi
-   Cip resepi Basic Cook Book Thermomix® untuk bimbingan memasak 175 jenis resepi
-   e-surat berita Thermomix® percuma

Manakala buku “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®” ini pula berharga RM160.00.


Kedua-duanya boleh didapatkan di laman web www.thermomix.com.my


QH pon macam teringin la nak dapatkan satu Thermomix TM5 ni…senang kerja2 memasak lepas ni…kalau pihak Thermomix baik hati nak bagi percuma satu pada QH…perghhhh tak akan ditolak laa…heeeee


Haaaa…bila dah berada di sana acara wajib yang perlu dibuat adalah snap gambar banyak2 dan selfie…heeee


Tu ada bukti di bawah QH merasa masakan yang telah di demo oleh Puan Suriya Abdullah…



No comments