Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI GORENG KICAP LADA KERING



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaa tudia...
Atas permintaan ramai...tapi dah lama sangat la...bulan puasa yang lepas hari tu ramai yang tanye resepi nasi goreng sempoi QH ni...heee...masa tu QH buat untuk berbuka puasa jadinya gambar adalah sekeping dua jer yang QH snap...hanya pos di FB dan IG jerr, masa tu tak sempat nak masukkan ke sini...jadinya terpaksa la tunggu QH masak semula nasi goreng ni...heee

Agak2 tak tahu nak masak apa pagi ni untuk sarapan...boleh la buat nasi goreng macam QH masak ni...Alhamdulillah sedap tau...heee...ni mahu merangkap sampai ke petang kot...ala lepas tu keluar la cari makan yang lain pulak kan...hari minggu macam ni seronok juga keluar cuci2 mata...heee


Ok la resepi nasi goreng sempoi ni ada di bawah yer...lagi sedap bila dimakan bersama ayam goreng...boleh bertambah tau makan tu...SELAMAT MENCUBA


NASI GORENG KICAP LADA KERING

BAHAN2
3 cawan nasi sejuk – diramas bagi berderai
2 biji telur – goreng hancur
3 biji bawang merah – hiris
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih - hiris
20-25 tangkai lada kering – potong kecil/gemburkan untuk buang biji lada (boleh tambah lagi jika suka pedas)
Segenggam ikan bilis – gorengkan dahulu
5-6 batang kacang botol – potong kecil
2-3 sudu besar kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya


CARANYA
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan lada kering dan kacau. Tumis sampai lada kering sedikit garing.
Masukkan kicap dan kacau rata. Masukkan pula kacang botol. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Apabila kacang botol setengah masak, masukkan telur hancur yang telah digorengkan terlebih dahulu. Kacau rata.
Lepas itu masukkan nasi sejuk. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau rata dan perasakan rasanya. Jika sudah sempurna, matikan api. Hidangkan bersama ayam goreng.


AYAM GORENG GARING

BAHAN2
Kepak ayam/bahagian lain – bersihkan
Bawang putih – cincang halus
Halia – cincang halus
Tepung goreng bestari

CARANYA
Setelah ayam dibersihkan, gaulkan bersama bawang putih dan halia. Perapkan sebentar.
Kemudian gaulkan dengan tepung bestari sehingga rata.

Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya. Goreng ayam tadi hingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap.


No comments