BISKUT ROSE PETALS
Salam my kesayangan...
Seperti yang dijanjikan...hari ni QH nak kongsikan resepi biskut raya...lagu raya pon dah mula bergema di corong2 radio...jadi sudah tentunya keterujaan nak menyiapkan persiapan hari raya naik mendadakkan...heeee
Setakat ni QH masih fokus dengan tempahan biskut raya...belum terfikir lagi nak buat biskut apa untuk diri sendiri...resepi yang lepas2 pon banyak lagi yang QH belum cuba...
Ok la jom tengok resepi pertama biskut raya pada tahun ni...resepi ni sangat senang dan bahan pon yang basic2 jer...sebab terkadang bila kita tengok resepi yang terlalu banyak campuran jadi malas nak ikutkkan...QH pon kadang begitu juga...biar bahannya simple tapi hasilnya menarik dan sedap...heeee
nak biskut lagi sedap guna la pure butter...dulu2 QH guna juga buttercup siap buat jual lagi...tetapi sekarang QH hanya menggunakan butter anchor...biskut jadi lagi sedap tau...rasanya dah ramai bakers pon menggunakan butter anchor untuk kukis memasing...yang ni pilihan ikut bajet dan kemampuan la..yang penting untuk hari raya nanti masih boleh menyiapkan kukis raya sendirikan...
BISKUT ROSE PETALS
Bahan A
125 gm
mentega - QH guna anchor
50 gm
gula ising
1/2
sudu kecil esen ros
Bahan B – diayak
180 gm
tepung Redrose
30 gm
tepung jagung
30 gm
susu tepung
Hiasan
Rose Buds – ada jual di bakeri
Coklat
masakan putih secukupnya - cairkan
Pewarna
pink
Cara penyediaannya:
1.
Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B. Gaul rata dan uli hingga
menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit.
2.
Canai dan terap doh dengan acuan.
3.
Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit. Keluarkan dari ketuhar
dan biarkan sejuk.
4.
Hiaskan dengan coklat masakan hingga habis. Hiaskan dengan rose petal.
Post a Comment