Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS



Salam my kesayangan...

haaa nak masak apa hari ni??
kali ni tekak QH ada sikit mengada2...nak makan ala2 omputeh pulak...taknak makan nasi la kununnya tu...

makan macam ni pon dah tahap kenyang berkali2 jugak tau...lagi pada sesiapa yang peminat ayam panggang ala2 KR ni kan...nak makan selalu kat sana mahai...helok sekali sekala tu buat sendiri...lepas la jugak keinginan tu kan..resepi ni takde la nak kata sebijik sama macam di KR tu...tapi rasa2nya tetap ada...siap boleh ejas2 lagi nak tambah apa...nak pedas mana...yang penting boleh makan satu keluarga...



nak makan di KR tu boleh tapi kena bajet2 la jugakkan...tapi bila buat sendiri tak payah...boleh makan dengan tenang lagi...nak kokah ayam tu pon takde hal la...heee

resepi ni QH ada tulis di bawah yea...selamat mencuba 


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

BAHAN2
1 ekor ayam (potong 4-6)
sedikit mentega

BAHAN PERAP
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2- 3 sb madu
1 ketul kiub ayam
2 sb gula pasir
2 sb herba campuran
11/2 sk garam halus
sedikit air untuk mengisar




CARANYA
campur kesemua bahan perap di atas dan blend hingga lumat.
sediakan bekas yg sesuai dan dan lumurkan ayam tadi dengan bahan perap sehingga rata.
perapkan ayam tadi selama lebih kurang 2-3jam dalam peti sejuk. lagi sedap bila perapkan semalaman.
keluarkan ayam dan calitkan mentega ke beberapa tempat atas ayam tadi.
panaskan oven dan bakar selama lebih kurang 11/2 jam atau sehingga ayam masak.
semasa membakar sapukan sekali sekala dengan minyak dan bahan perap yang menitis untuk mengelakkan ayam tidak terlalu kering.
apabila sudah siap terus hidangkan bersama sos lada hitam dan salad kentang & brokoli.




SOS LADA HITAM
Sumber MyResepi@Acik Yarn

BAHAN2
2 sudu besar mentega 
1 1/2 sudu besar tepung gandum 
sebiji bawang besar (potong dadu) 
sebiji tomato (potong dadu) 
seketul kiub ayam knors – apa2 brand pon boleh 
2 cawan air 
sedikit kicap pekat – 1 sudu kecil
sos cili – 2 sudu besar
sos tomato – 1 sudu besar
garam dan gula secukup rasa 
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera – 2 sudu besar (kisar)
tepung jagung (standby) – tak letak



CARANYA
1.  Cairkan butter dengan api kecil.
2.  Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.  Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.  Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.  Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.  Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup, nanti tak cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. (QH skip step ni)
7.  Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.  Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.  Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.  Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11.  Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap




BAHAN2
brokoli
kentang
parsely kering
minyak zaitun
garam

CARANYA
rebuskan kentang sehingga empuk
campurkan bersama garam secukup rasa n minyak zaiton
kemudian toskan airnya
taburkan parsely kering dan gaul rata

untuk brokoli
panaskan air dalam periuk kecil @ gunakan air panas
taburkan secubit garam
kemudian masukkan brokoli dalam 30 saat camtu dah cukup
keluarkan dan toskan airnya
hidangkan bersama kentang tadi






No comments