Salam my kesayangan...
Masak apa tadi?
QH ni kan kalau dengan kari berpisah tiada...heee ni la satu2nya
lauk peberet dari dulu lagi...kalau balik ke kampung pon lauk kari jugak la
yang QH minta mak masakkan...tak kisah kari ape..janji kari...heeee...
siapa yang sama dengan QH kita geng tau...
kalau berkari ni...QH agak cerewet sikit...QH kurang gemar kalau
kuah kari tu jenis yang cair...QH gemar kuah kari tu yang betul2 kari dan
pekat...perghhhh walla...
Kali ni QH buat kari ala mamak pula...kalau masak kari ikan atau
sardin ke tak payah letak santan...lagi2 kari ala mamak ni...diaorang memasak
memang tak guna santan...kalau nak masak kari ayam tak letak santan pon
boleh...cuma kurang la lemaknya kan...kalau kari ayam QH suka yang bersantan
dan berkerisik...baru la aummm...heee
resepi di bawah ni...resepi belasahan QH jer...tapi jangan risau
in shaa Allah sedap tau...kalau masak kari mak QH biasanya akan letakkan juga
serbuk lada...baru la kaler dia cantik dan rasa pedas2 sikit...QH ikut cara mak
masak...tetapi untuk resepi ni QH guna cili giling...
terdapat dua cara sebenarnya...cara pertama bancuhkan serbuk kari
tadi dengan sedikit air, jadikannya seperti pes...cara kedua pula tumiskan
sahaja serbuk kari tadi ke dalam bahan tumisan...QH tengok mak QH kalau masak
kari...dia guna je salah satu cara di atas...
yang penting mak QH kata kalau terus tuang serbuk kari tu tanpa
dibancuh...kena pandai kawal api takut rempah hangus dah tak sedap...kalau
baru2 belajar masak...ikut cara pertama lagi senang...
KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK
BAHAN2
2 ekor ikan bawal
1 paket serbuk kari ikan
1 paket serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar asam jawa xtra
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
10-15 biji cili padi merah dan hijau – patah2kan
5-6 batang kacang panjang
10 batang bendi
1 biji buah tomato
Air secukupnya
Serbuk cukup rasa maggi, garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
CARANYA
1. Satukan serbuk rempah kari ikan, serbuk kari ayam dan serbuk
kunyit. Bancuhkan dengan sedikit air, jadikan pes. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang lain, bancuh asam jawa xtra dengan sedikit
air. Ketepikan.
3. Di dalam periuk panaskan minyak masak. Tumis halba campuran
sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan daun kari. Tumis sebentar. Masukkan bahan
kisar dan tumis sehingga naik bau dan minyak.
5. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Masukkan bancuhan pes kari tadi. Tumis lagi sehingga naik
minyak.
7. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar. Kemudian tambah air
secukupnya dan kacau sebati.
8. Masukkan serbuk cukup rasa maggi, garam dan gula secukupnya.
Kacau sebati.
9. Apabila kuah telah mendidih masukkan ikan.
10. Akhir sekali masukkan kacang panjang, bendi, cili padi dan
tomato.
11. Perasakan rasanya jika sudah sempurna matikan api.
Post a Comment