Qasey Honey. Powered by Blogger.

TOMYAM CAMPUR YANG MUDAH DAN SEDAP



Salam my kesayangan...

Awak...awak...awak masak ape tu...
ni ada ni haaa...bertomyam aje hari ni...resepi mudah dan senang aje...tetiba tekak ni nak makan lauk yang berkuah ala2 kedai makan gitu...heeee

Pada hari tersebut memang QH masak style ala2 menu macam makan di kedai...sekadar nasi putih, telur dadar dan tomyam campur...Alhamdulillah lengkap hidangan pada hari tersebut...semua ada...di dalam tomyam tu pula macam2 ada...puashati makan apabila sesekali masak sendiri...



Resepi tomyam ni setakat yang QH masak...ni la yang paling tersenang dan sekejap je dah siap semua...tomyam ni tak perlu tumis2...semuanya kita renihkan di dalam periuk tu...pada adik2 yang baru2 belajar memasak tu boleh cuba resepi ni...

Bahan dan caranya ada QH sediakan seperti di bawah tu...lagi ambil masa untuk menonton video masak yang telah QH sediakan juga...yang penting lepas tonton tu subscribe youtube channel Qasey Honey tau...heeee

jom la lihat ape resepi yang diperlukan untuk resepi tomyam yang sedap dan mudah ni...




TOMYAM CAMPUR

BAHAN2
1 liter air
2 paket perencah tomyam adabi
1 biji bawang besar - belah 6
2 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 inci halia
4 helai daun limau purut
10-15 batang cili padi - patah2kan
1/3 buku bunga kobis
2 batang daun saderi
1 batang lobak 
1 paket baby corn
1/2 kilo udang
5 ketul ayam - potong kecil
10 ekor sotong kecil - potong 2
garam dan gula secukup rasa




jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
Masukkan air. Kemudian masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan daun limau purut.
Masukkan pula perencah tomyam dan ayam. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan lobak, biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan putik jagung dan daun saderi.
Nak rasa pedas masukkan cili padi.
Masukkan udang dan sotong. Kacau rata.
Masukkan pula asam jawa, serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bunga kobis. Perasakan kuahnya jika sudah sempurna matikan api.
Hidangkan bersama nasi putih dan telur dadar.