MUFFIN YOGURT VANILA ALMOND
Salam my kesayangan...
Agak lama juga QH tak buat muffin...membuatkan teringin pulekkk nak makan...heee...padahal nak buatnya tidak la seleceh mana tetapi itulah tetap ada halangan menuju ke situ...heee...apabila lama sangat tak buat muffin ni...skill tu macam hilang pulak...tak membukit hasil muffin dari QH ni...meleper jer...hmmmm
Ke sebab berat dengan almond dan coklat butang atas tu...heee...rasanya tetap sedap dan gebus...tidak terlalu manis...muffin ni keluar sahaja dari oven terus QH ngap...alahai sedap tak terkata...muffin ni agak besar juga cupnya...sebab QH nak cepat2 habis...heee...pada yang ingin mencuba resepi ada di bawah yer...
MUFIN
YOGURT VANILA ALMOND
sumber Intai Dapur
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
3/4 sudu kecil serbuk soda
1/2 sudu kecil garam
BAHAN B
135 gm yogurt
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/3 cawan minyak masak
BAHAN C
3/4 cawan coklat cip/coklat butang
Kacang almond – kisar untuk hiasansumber Intai Dapur
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
3/4 sudu kecil serbuk soda
1/2 sudu kecil garam
BAHAN B
135 gm yogurt
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/3 cawan minyak masak
BAHAN C
3/4 cawan coklat cip/coklat butang
CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan
ketuhar pada suhu 220C selama 15 minit.
2. Campurkan
kesemua bahan A dan gaul rata.
3. Satukan
semua bahan B dan masukkan ke dalam bahan A, gaul rata dengan whisk. Jangan sampai terlebih pukul.
4. Akhir
sekali masukkan coklat cip, gaul rata secara kaup balik dengan spatula.
5. Sudukan
adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas. Taburkan coklat cip dan kacang almond.
6. Bakar
selama 10 minit dengan suhu 220C, turunkan suhu 200C dan bakar lagi selama 10
minit atau sehingga masak.
Post a Comment