Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM GULA HANGUS GEBUS YANG SEDAP DAN MUDAH


Salam my kesayangan...

Alhamdulillah berjumpa lagi...salam israk dan mikraj buat semua yang beragama islam...selamat berpuasa pada yang berpuasa pada hari ini...semoga dipermudahkan segalanya...

bila dah berpuasa ni...pasti akan tercari2 menu apa yang sesuai untuk berbukakan...apa kata cuba buat apam gula hangus yang sangat sedap dan mudah ni...apam ni dah berkali2 juga QH buat dan siap buat jual lagi bila ada permintaan...cuma kali ni baru rajin QH nak snap gambar dan buat video untuk resepi ni...in shaa Allah sekali buat pasti menjadi dah kuih ni...


pada QH...apam gula hangus ni kena makan dengan kelapa parut baru ohsem...nak makan begitu sahaja pon dah cukup sedap manis semua rasa ada...tetapi bila ditambah dengan kelapa parut yang ada rasa masin2 sikit tu...wallaweiii...tau2 je dah 3 ketul ngap...heee

nak nampakkan apam ni warnanya gelap sedikit...masak gula tu lama sikit dan yang penting jangan hangit...nanti rasa dah jadi lain dan tak sedap...haaa kalau takut hangus...gunakan api paling kecil dan kacau selalu...sampai warna tu nampak gelap sikit...kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit perlahan2...sebab takut terpercik lak nanti gula yang tengah panas tu...

kalau masih tak paham lagi...boleh tonton video yang QH dah sediakan...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=jpAF84kPQSU yang tertera untuk terus menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau dan lagi kalau nak komen kat youtube tu...tolong la jaga bahasa tu...jangan biadap dengan mengeluarkan kata2 kesat macam orang takde adab...jaga perasaan empunya diri tu sama...jadikan amalan rajin membaca...baca caption yang telah disediakan...semuanya dah ada di sana...untuk resepi ni...ada di bawah...


APAM GULA HANGUS
sumber RASA

bahan A
190 gm gula
180 gm air

bahan B
10 gm marjerin
2 biji telur gred A
100 gm minyak masak
20 gm susu pekat
1/2 sudu kecil esen vanila
190 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat


hiasan
kelapa parut (ambil putih shj) dan gaul dengan garam secukup rasa - kukuskan sekejap


Caranya
1. masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. 
2. apabila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan masukkan air sedikit demi sedikit. kacau rata, biar mendidih dan matikan api. ketepikan dan biarkan sejuk seketika. 
3. lenser acuan apam dengan minyak masak dan ketepikan.
4. dengan menggunakan handwhisk kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim.
5. tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega. kacau rata.
6. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau rata. tambah esen vanila dan gaul sebati.
7. sudukan ke dalam acuan kira2 3/4 penuh.
8. kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.
9. keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. hidangkan bersama kepala parut.


apam gula hangus
https://www.youtube.com/watch?v=jpAF84kPQSU
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

1 comment

Unknown said...

Salam...tak perlu perap kn ke? Terima kasih