Qasey Honey. Powered by Blogger.

UDANG HAR LOK SEDAP / UDANG CILI BERTELUR Resepi Tradisi Masyarakat Cina Kantonis! (wajib cuba)


Salam my kesayangan...

Pasti ada yang tertanya2...apa itu har lok? QH pon tak tahu laa apa maksudnya yang sebenar...heee...apabila di google...har lok tu macam masak bersos atau masak cili bersos gitu la dan kuahnya tu agak pekat...tak pandai nak terangkan sebab tak pandai kantonis...heee...

semasa membuat carian resepi udang...terjumpa pulak QH resepi ni...nampak menarik dan sudah tentunya nampak sangat menyelerakan...menurut kata penulis, ini merupakan masakan popular kantonis...tengok pada bahan pon sangat mudah dan hanya bermodalkan udang je la...bahan2 lain sudah tersedia di rumah...haaa kan dah banyak jimat tu...


Udang har lok ni lebih kurang macam ketam masak cili bertelur tu la...pada QH sangat sedap...ada rasa pedas manis...sangat2 QH mengesyorkan untuk yang lain juga mencubanya...di dalam resepi ni QH memandai2 la tambahkan kacang panjang sebagai penambah seri dan melengkapkan lagi lauk ni...senang dah tak payah dah nak masak sayur lagi...heeee...haaa nampak...motif sangatkan...

Baik la jom tonton video masak yang telah QH sediakan di pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=bzRJUg--FQs&t=38s untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...in shaa Allah akan banyak lagi video2 menarik yang ada di sana...resepi ada di bawah...


UDANG HAR LOK / UDANG SAMBAL BERTELUR
sumber Nohani Derahman
https://www.youtube.com/watch?v=bzRJUg--FQs&t=38s

bahan2
12 ekor udang - size xxl
5 biji bawang merah - hiris
1 bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
8 tangkai cili merah - kisar
8 biji cili padi hijau - hiris
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
sedikit air
sedikit daun bawang/leek
kacang panjang - optional 
2 biji telur
gula dan garam secukup rasa


caranya
bersihkan udang, belah belakangnya dan buang kotoran yang ada.
panaskan kuali dan minyak masak. gorengkan udang tadi hingga garing. angkat dan ketepikan.
buangkan sedikit minyak bekas menggoreng udang tadi.
kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang putih dan halia sehingga layu.
Masukkan cili merah yang telah dikisar dan cili padi. kacau rata hingga terbit minyak.
Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. kacau rata.
Tambahkan sedikit air dan masukkan kacang panjang.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan pula udang yang telah digoreng tadi dan daun bawang/leek. kacau rata.
Akhir sekali masukkan telur. biarkan seketika kemudian gaul rata.
Perasakan rasanya jika sudah sempurna, matikan api.


udang har lok sedap / udang sambal bertelur
https://www.youtube.com/watch?v=bzRJUg--FQs&t=38s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

4 comments

mayangbakingmadness said...

Wow menariknya

Kekanda Hawa said...

assalamualaikum.. salam kenal... 1st time dtg sini saya follow.. bnyk resepi... sedap2 belaka.. ada masa jemput singga blog saya juga.. terima kasih :D

Anonymous said...

Thanks for finally writing about >"UDANG HAR LOK SEDAP / UDANG CILI BERTELUR Resepi Tradisi Masyarakat Cina Kantonis! (wajib cuba)"
<Loved it!

Anonymous said...

Good blog post. I definitely love this website.

Stick with it!