Qasey Honey. Powered by Blogger.

BROKOLI TUMIS SOS TIRAM YANG SEDAP DAN MUDAH


Salam my kesayangan...

Jumpa lagi...salam Ramadan ke-13...

Alhamdulillah kali ni QH diberi kesempatan berkolaborasi bersama MyAjinomoto pula...task yang diberikan sejenis masakan sayur campur protein yang simple dan mudah untuk dimasak...

Sememangnya di dalam setiap masakan QH dan mak QH sendiri pon akan meletakkan ajinomoto untuk seimbangkan rasa masakan supaya menjadikan ia lebih sedap...QH tahu ramai yang ragu2 dan takut nak tambah dan makan banyak ajinomoto di dalam masakan kerana bimbang nanti rambut gugur...sebenarnya tiada sebarang bukti saintifik bagi isu tersebut...masalah keguguran rambut disebabkan faktor lain seperti genetik, tekanan, perubahan hormon, kecacatan struktur rambut dan pengambilan ubat-ubatan...selama ni tanggapan kita salahlah dan percaya pada cakap2 orang je...

sebelum terlupa...terima kasih kepada En. Fazli dan team Ajinomoto Malaysia kerana sudi berkolaborasi bersama QH pada kali ni... 


resepi ni memang sangat simple sesuai dengan kehendak MyAjinomoto...tumis2 kesemuanya siap dah satu lauk...di dalam resepi ni juga QH meletakkan sayur kegemaran seperti brokoli, bunga kobis dan putik jagung...campurkan pula dengan sotong...cukup masak satu lauk sahaja kerana dah cukup lengkap...kalau nak lauk tambahan cukup telur dadar atau tempe goreng...kalau nak berdiet tu boleh la cuba resepi ni...heeee

resepi ni juga seperti biasa QH ada menyediakan video langkah demi langkah untuk memasaknya...klik pautan link https://youtu.be/m1cMpk_V6o4 yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau..banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...resepi ni ada di bawah


BROKOLI TUMIS SOS TIRAM
https://youtu.be/m1cMpk_V6o4

BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar - hiris 

2 ulas bawang putih – hiris

2-3 sudu besar sos tiram 
7 ekor sotong – potong bulat
150 gm brokoli – potong kecil
150 gm bunga kobis – potong kecil
7 batang putik jagung – potong serong
2 batang cili merah - hiris
1/2 biji lada benggala hijau – hiris kasar
4 sudu kecil tepung jagung + air (bancuh)
1/4 sudu kecil ajinomoto
garam secukup rasa


CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan sotong. Biarkan sehingga air sotong menggering. 
3. Masukkan brokoli, bunga kobis dan putik jagung. Gaul rata dan tambahkan air. 
4. Masukkan lada merah dan lada benggala. Gaul hingga sekata. 
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung, ajinomoto dan garam secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati. Matikan api siap untuk dihidang.


brokoli tumis sos tiram
https://youtu.be/m1cMpk_V6o4
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

3 comments

mayangbakingmadness said...

brokoli mmg fav veg.. comelnya sotong tu..

QOMAR said...

Nampak sedap tu terliur dah ni

cikguzim said...

Sedapnya resepi ni...mohon share ye