PELANCARAN SIRI PERALATAN PINTAR TOUSH JENAMA PENSONIC / "TOUSH INSPIRED BY PENSONIC" PRESS LAUNCH
Salam my kesayangan...
Pada 8 Ogos 2019 yang lepas QH telah dijemput ke pelancaran Siri Peralatan Pintar Toush Jenama Pensonic "Toush inspired by Pensonic" yang berlansung di W Hotel Kuala Lumpur...
Alhamdulillah rasa bangga juga dapat tengok dulu produk terbaru dari Pensonic Malaysia ni dahulu...memang rasa sangat2 geram dan mengujakan...semua kerja akan menjadi senang dengan kelahiran produk baru ni tak lama lagi dipasaran...
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – YB Dr. Ong
Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, telah
melancarkan Peralatan Pintar Siri Toush di Hotel W Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran
telah dihadiri oleh Dato’ Seri Chew Weng Khak (Pengarah Eksekutif Kumpulan
Syarikat Pensonic Holdings Berhad), Lembaga Pengarah Pensonic Holdings Berhad, Pengurusan
Kanan Tuya Global, Dato’ Andy Kwan (Presiden Persatuan Penyaman Udara dan
Penyejukkan), En. Mohd Azanuddin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS Antarabangsa)
dan En.Gan Cheng Swee (Presiden Persatuan Persekutuan Peniaga Peralatan
Elektrik Malaysia atau FOMEDA), Media, rakan kongsi, peniaga dan
tetamu-tetamu.
Majlis pelancaran
yang dihadiri oleh ramai tetamu telah didahului dengan menandatangani ‘Strategic
Cooperation Agreement’ antara Pensonic Holdings Berhad, yang diwakili oleh
Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew dan Cik.Eva Na, Ketua Pegawai
Pemasaran Tuya Global Inc..
Jenama Toush
ialah siri peralatan baru IoT pintar Pensonic yang digunakan dengan WiFi dan
boleh dikawal secara jauh menggunakan aplikasi tunggal Toush.
Jadi, apakah
itu Toush? Toush membolehkan anda menikmati, merasai, menyedari, menerokai kehidupan
dengan cara yang indah. Peralatan IoT Pintar Toush ialah peralatan intuitif
yang dapat menyedari dan bertindakbalas terhadap keperluan pengguna, dan
peralatan pintar ini dapat dikawal dari jauh menggunakan peranti skrin sentuh.
Peralatan pintar Toush menghubungkan, mengautomatikkan, mengkuantitikan,
mengoptimumkan tenaga dan sumber, memberi pengguna lebih banyak penjimatan
sambil memudahkan kehidupan pengguna.
Melalui
pengesan-pengesan pintar Toush yang berbeza seperti pengesan suhu, kualiti
udara, lokasi, getaran, kelembapan dan pengesan yang lain, peralatan pintar
Toush boleh berinteraksi dengan persekitarannya, menyampaikan data yang
bermanfaat dan memberikan cadangan praktikal untuk memastikan suasana yang
selesa untuk pengguna.
Pensonic,
sebagai sebuah syarikat tempatan, menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif 5G
Kerajaan bagi membangunkan bandar pintar dan peralatan pintar. Berdasarkan satu
laporan diterbitkan oleh MarketsandMarkets, pasaran rumah pintar global
dijangka naik dari US$76.6 bilion dalam tahun 2018 ke US$151.4 bilion menjelang
2024, pada CAGR (Kadar Tumbesaran Kompaun Tahunan) 12.02%.
Bagi pasaran
rumah pintar di Malaysia, ia dijangka meningkat pada kadar tahunan 25.5%
sehingga tahun 2023. Berdasarkan maklumat Statista, pendapatan pasaran rumah
pintar Malaysia dijangka melangkau US$105 juta (RM436 juta) dalam tahun 2019
dan boleh mencapai jumlah pasaran US$260 juta menjelang 2023.
Dalam tahun
2018, terdapat 28.7 juta pengguna internet dari penduduk 32 juta. Daripada
nombor ini, pengguna dalam lingkungan umur 20an menggunakan telefon pintar
lebih daripada 8 jam sehari. Rakyat Malaysia mempunyai purata 2.4 buah alat perhubungan
setiap seorang, dengan telefon pintar menjadi peranti yang paling banyak digunakan.
Rakyat
Malaysia meluangkan purata 3 jam dan 43 minit menggunakan internet mudah-alih,
yang bermaksud telefon pintar merupakan alat yang paling baik untuk membantu
pengguna menguruskan peralatan mereka. Berbanding dengan peranti yang lain, penggunaan
telefon pintar sahaja dalam tahun 2018 telah mencapai 93.1%.
Mengikut
artikel dalam StarBiz bertarikh 13 Mei 2019, peningkatan pasaran tempatan untuk
peralatan pintar di Malaysia akan dipengaruhi oleh penggunaan telefon pintar
dan peranti pintar, gaya hidup lebih sihat, peningkatan dalam menyelesaikan penjimatan
tenaga dan kos rendah, dan peningkatan dalam lebih banyak pemain pasaran yang mempelbagaikan
peralatan rumah pintar untuk memenuhi kehendak pengguna.
Dengan kemasukan
peralatan pintar yang dihubungkan menggunakan WiFi, persaingan pasaran
peralatan rumah semakin bertambah, telah dipelbagaikan dan lebih
berorientasikan pengguna. Terdapat banyak pemain dalam pasaran yang mempromosi
peralatan pintar rumah, tetapi kebanyakannya mempunyai satu applikasi untuk menguruskan
satu peralatan.
Pengarah
Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew menerangkan, "Pensonic ialah
jenama tempatan yang pertama menjual peralatan elektrikal pintar IoT dan jenama
peralatan elektrikal tempatan dengan aplikasi yang dapat menguruskan pelbagai produk
Toush dengan hanya satu aplikasi. Anda boleh mengautomasikan peralatan Toush
yang berlainan supaya beroperasi atau tutup pada masa yang tertentu, boleh
menjadualkan pembersihan pada masa yang berbeza sehingga 7 hari, membantu
memantau penggunaan tenaga untuk anda menikmati lebih banyak penjimatan,
menerima notifikasi penyelenggaraan peralatan dan informasi terkini untuk
mengekalkan peralatan anda dalam keadaan baik, mempunyai akses segera kepada
manual pengguna, dan anda juga boleh mengajak seorang anggota keluarga untuk menguruskan
peralatan Toush bersama anda".
"Sekarang
kami mempunyai Vakum Pembersih Robotik Pintar, Pemanas Air Pintar, Penapis
Udara Pintar, Penyaman Udara Pintar, dan Kit Pintar. Kit Pintar Toush terdiri
daripada Pengesan Pergerakkan Pintar, Pengesan Suhu dan Kelembapan, dan
Pengesan Pintu dan Tingkap dengan Sistem Kawalan Gateway.
Lebih banyak
lagi peralatan akan ditambah dalam siri peralatan Pintar Toush untuk menjadikan
rumah pengguna sebuah rumah pintar seperti kipas angin, mesin basuh, peti
sejuk, penghidup dan pemutus elektrik, palam dinding dengan USB, palam atas,
penapis air dan dapur”, beliau menambah.
En.Vincent
menyambung, “Selain dari ciri-ciri penjimatan tenaga dan mesra pengguna seperti
yang telah saya sebutkan tadi, Pensonic prihatin terhadap keselamatan pengguna,
oleh itu semua peralatan Toush adalah diperakui dan diluluskan oleh SIRIM,
Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)”.
Pengguna
bimbang mengenai privasi dan keselamatan data apabila menggunakan peralatan pintar.
Dilengkapi dengan wawasan untuk menyediakan peralatan pintar rumah yang
memudahkan kehidupan pengguna, Pensonic telah berganding bahu dengan Tuya
Global Inc. (Tuya).
Tuya ialah
penyedia platform IoT global dengan penyelesaian sehenti untuk peralatan
pintar, termasuk akses peralatan, servis ‘cloud’, dan keupayaan pembangunan
aplikasi. Pada masa ini, Tuya mempunyai 100,000 pelanggan antarabangsa dengan
100 juta alat perhubungan untuk menyediakan satu platform yang selamat untuk
para pelanggan.
Tuya
mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan untuk melindungi privasi dan integriti
data pengguna. Antara ciri-ciri keselamatan ialah pusat-pusat data global yang
bebas, penghantaran data yang selamat dengan TLS, penghantaran AES128 tambahan
yang telah dikodkan, dan bagi penyimpanan data, Tuya akan kodkan data yang
sensitif dengan kod lazim industri, termasuk kod AES256 dan SHA256 (Algoritma ‘Hash’
Selamat) untuk penyahpekaan data dan simpanan.
Tuya bekerja
dengan organisasi keselamatan global seperti NCC Group, institusi-institusi
pihak ketiga untuk perlindungan data persendirian dan sokongan keselamatan,
dengan TrustArc untuk GDPR, CCPA dan undang-undang privasi antarabangsa dan
tempatan. Tuya juga mempunyai ISO27001, 27017 dan 27018 dari SGS.
Oleh kerana anda
sudah mengetahui anda boleh menggunakan Peralatan Pintar Toush dengan hati yang
tenang, anda hanya perlu mendaftar waranti peralatan Toush anda secara talian
(online) menggunakan aplikasi Pensonic dan kami akan menghantar Toush Kit bagi
anda percuma (untuk setiap alamat pendaftaran). Anda boleh muat turun aplikasi Pensonic
menggunakan QR Code di pembungkusan atau manual pengguna.
Sebaik sahaja
waranti peralatan telah didaftarkan, pengguna boleh muat turun aplikasi Toush, hubungkan
peralatan Toush menggunakan aplikasi Toush, dan menguruskan peralatan Toush
anda dari jauh jika terdapat sambungan WiFi. Sila kunjungi Toush Facebook atau menelefon
nombor Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut. Dapatkan peralatan Toush
dan uruskan semua peralatan Toush anda dengan hanya satu aplikasi, dan nikmati
lebih banyak penjimatan!
Mengenai Pensonic
Kumpulan Syarikat Pensonic diasaskan pada 1965 sebagai Keat
Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada tahun 1982 setelah
peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan pengedar Produk
Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia.
Dengan Pensonic sebagai jenama terasnya, Kumpulan Pensonic
juga mengedarkan produk rumah jenama-jenama terkemuka seperti Morphy Richards
dan Belling dari United Kingdom, Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA,
Indesit dan Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.
Pensonic mempunyai ISO 9001-2015, dan disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk Pensonic dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.
Anda dijemput melayari laman Toush (https://www.facebook.com/Toushinspiredbypensonic/), Facebook Pensonic Malaysia, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770 untuk maklumat lanjut.
Post a Comment