Salam my kesayangan...
bersua lagi...
begini la kehidupan...kejap muncul kejap tenggelam...heeee
kalau boleh memang nak hari2 muncul di sini...update blog ni hari2...masak hari2...tetapi disebabkan kekangan masa...tidak dapat la berbuat begitu...tunggu dah pencen kot baru boleh bagi sepenuh perhatian...tupon kalau nenek masih tak buta IT la ekkk...maklum la semakin lama kan semakin canggih...ada je benda2 baru yang muncul...kot otak masih cargas...boleh terima dengan segala perubahan yang mendatang...jangan terkejut la ehhh suatu hari nanti QH akan menjadi seorang nenek yang advance dari korang ekkk cucu2...heeee...
kali ni QH kongsikan resepi ulangan yang telah ada di blog QH sejak dulu lagi...resepi ni tetap menjadi nombor 1 la di blog QH...resepinya simple je tetapi padu bak ang...masih tak boleh challenge la dengan resepi yang lain...boleh klik di SINI untuk rujuk resepi yang lepas...cuma kali ni buat kureng jelita pulak ikan ni...ikan caru ni QH pilih yang besar...pastu masa bakar sumbat padat dalam magic pan tu...dah melekat plak kekawan tu...bila guna ikan besar ni...nak balikkan pun payah...jadi berat sikit...heeee (alasan sedapkan hati sendiri...padahal lupa ape skill guna sebelum ni)
ikan caru bakar ni antara dalam list peberet QH la...sedap makan dengan air asam dan sambal kicap...kena dengan nasi putih panaih2...perghhhh...memang padu teroks la...nak lagi sedap tambah sedikit ulam dan telur dadar pon dah cukup untuk QH...nak cicah dengan budu pon boleh tau...
resepi ni kali kedua la QH kongsikan di blog ni...kali ni spesel sikit sebab QH ada menyediakan video cara masak ikan caru bakar bersama air asam dan sambal kicap ni langkah demi langkah tau di youtube channel Qasey Honey tu...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=Wg8smJL7KVE yang tertera tu untuk teruskan menonton...bila dah menonton tu...jangan la skip ekkk...tengok dengan sabar sehingga habis...pastu pulak jangan la lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu tau...terima kasih...
sangat senang tau nak masak lauk ni...kalau ikut step yang QH buat tu...ehhh tau2 je dah siap...mesti tak percaya mampu siapkan hidangan yang sedap ni sekelip mata...heeee...lepas ni boleh la hidangan pada mak mertua atau bakal mak mertua yea...kompon akan jadi menantu kesayangan nanti...in shaa Allah...ape lagi jom cuba sekarang...
IKAN BAKAR
youtube Qasey Honey
sumber Qasey Honey
Bahan2
4 ekor ikan cencaru atau secukupnya (gunakan ikan lain pon boleh – kembung, pari, talapia dll)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Lidi/pencungkil gigi
Caranya
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata.
Lilitkan daun pandan keseluruhan badan ikan tadi. Sematkan dengan lidi/pencungkil gigi yang bersih.
Sediakan pemanggang ajaib, pan nonstick atau bakar dalam oven.
Bakar sehingga ikan masak.
AIR ASAM
Bahan2
3 sudu besar pes asam jawa Adabi
2 biji lada merah
10-15 biji cili api hijau
11/2-2 biji bawang besar
Sedikit belacan – bakar sehingga naik bau
air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
3 sudu besar pes asam jawa Adabi
2 biji lada merah
10-15 biji cili api hijau
11/2-2 biji bawang besar
Sedikit belacan – bakar sehingga naik bau
air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Caranya
Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau. Basuh dan toskan. Ketepikan.
Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat.
Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau. Basuh dan toskan. Ketepikan.
Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat.
Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi. Perasakan rasanya.
Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.
Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.
Bahan2
2 biji cili merah
10 biji cili api hijau
1 biji bawang merah
2-3 biji jus limau nipis
11/2 cawan kicap lemak manis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Caranya
Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau. Basuh dan toskan. Ketepikan.
Tuang kicap secukupnya dalam mangkuk dan tambahkan perahan air limau nipis. Kacau rata.
Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi. Perasakan rasanya.
Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.
Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.
ikan caru bakar / ikan cencaru bakar bersama air asam & sambal kicap sedap jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment