Qasey Honey. Powered by Blogger.

ONDE ONDE LABU GULA MELAKA / PUMPKIN ONDEH ONDEH PALM SUGAR - resepi sukatan cawan (tak liat)

 

Salam my kesayangan...

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam tidak kira walau di mana pon berada...Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menikmati Ramadan pada tahun ni...semoga ianya menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya...

bila masuk bulan puasa ni...tak lain mesti mak2 akan memikirkan menu untuk berbuka kan...QH juga begitu...pikir petang nanti apa nak sediakan untuk berbuka nanti...lepas dah setel bab berbuka...pikir untuk bersahur pulak...begitu la ulang2 sampai la ke raya...heeee...


di sini QH kongsikan sedikit idea untuk berbuka petang nanti...QH ni nak masak macam2 lauk dari hujung sana ke hujung sini tu takde la...sederhana je menu berbuka QH kalau di rumah...cukup sekadar untuk isi rumah je...kalau nak bersusun hujung ke hujung tu...tunggu balik ke kampung nanti...sebut je nak ape...in shaa Allah ada la depan mata nanti...kat rumah sendiri cukup la sekadar ape adanya dah...tapi tukar2 la menu tu...tahun ni kan bazar dah ada...boleh la beli sikit2...heeee


untuk pilihan idea hari ni...jom buat onde onde buah melaka...kali ni QH guna buah labu...sedap rasanya...lemak2 manis...yang paling penting tak liat...sedap meletop je masuk ke mulut...nak meletop bagai tu...isinya juga kena la banyak baru la sedap manis...kadang kalau beli adehhh...tepungnya yang lebih...

tak susah pon nak buat onde onde labu ni...kacau2 campak2 gentel2 dah siap...untuk resepi ni QH ada sediakan video langkah demi langkah tau...ikut je cara yang QH tunjukkan tu in shaa Allah jadi...untuk menonton video ni klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=XFz-TGeHUsE&t=4s yang tertera tu...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu ye...di sana ada banyak lagi idea2 untuk bulan Ramadan ni...selamat mencuba...


ONDE ONDE LABU GULA MELAKA
youtube Qasey Honey
serves 70-80 pcs

bahan A 
2 1/2 cawan labu (lenyek) 
1/2 cawan tepung gandum 
3 1/2 cawan tepung pulut  
1/4 sudu kecil garam 
air secukupnya
gula melaka (potong dadu) 

bahan B
1/2 biji kepala parut putih
garam secukup rasa


caranya
sediakan kelapa parut dan tambahkan garam secukupnya. gaul rata. kemudian kukuskan sebentar. ketepikan
rebus air secukupnya, kemudian rebus labu hingga empuk.
tapis dan lenyek labu tadi hingga halus
di dalam mangkuk yang besar, satukan labu yang telah dilenyek tadi, tepung gandum, garam, tepung pulut dan air sedikit demi sedikit jika perlu
gaul kesemuanya hingga rata dan doh tidak melekat di tangan (jika lembik tambahkan tepung, jika keras tambahkan air)
sediakan gula melaka yang di potong kecil
bulat2kan doh sebesar ibu jari, tekan sedikit tengah dan isikan gula melaka. bulatkan dengan sempurna
rebus air hingga mendidih. masukkan doh yang telah siap tadi satu persatu
kacaukan sedikit supaya tidak melekat di dasar periuk
biarkan hingga timbul dipermukaan air
apabila telah masak, angkat dan tapis
kemudian salutkan terus dengan kelapa parut. siap


onde onde labu gula melaka

jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments