Qasey Honey. Powered by Blogger.

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES rangup dan sedap - no mixer

 

Salam my kesayangan...

Wahhh baru 3 hari puasa dah muncul biskut raya pulak kat blog QH hari ni ye...boleh buat untuk cuci mata dulu...heeee...

ni adalah random update jek...biskut ni QH buat dah lama tapi dalam tahun ni jugak la...cuma macam biasa la lambat untuk sampai ke sini...kebetulan pula sesampai ke sini dalam bulan Ramadan...ehhh macam kena je sangat kan...pasti sekarang ni ramai yang tengah mencari resepi biskut raya kan...sedia awal ni senang untuk mencari bahan2nya...bila bahan dah ada...lepas tu dah boleh plan bila nak mula buatnya pulak kan...QH biasa buat macam tu...


untuk tahun ni QH tak tahu berapa banyak resepi biskut raya yang dapat dikongsikan bersama...janji banyak kang nanti yang terhasilnya 2-3 jenis jer...heeee...jadinya tunggu dan lihat je hasil airtangan dari QH nanti...QH akan buat yang semampu mungkin jek...tak berani nak berjanji lebih2...

untuk resepi biskut raya kali ni...famous amos chocolate chip ni kot macam mana pon jarang ketinggalan la tiap2 tahun...mana2 rumah mesti akan jumpa...sebab biskut ni selain mudah nak buat ianya juga sedap...resepi kali ni sangat senang dan tak banyak kerenah la...campur2 kacau2 siap...yang paling best rasanya dan baunya seakan sama tau macam di kedai tu...biskut nipon rangup tau...sangat berbaloi la kalau cuba resepi ni...


bahan2 pula senang sangat nak dapat...pilihan ikut bajet ye...nak yang premium atau sebaliknya...adunan biskut famous amos ni sedikit lembut tau jadi nanti bila buat jangan panik bila tengok adunan masih lembik dan jangan memandai nak tambah tepung...simpankan sekejap di dalam peti sejuk...lepas tu baru buat kecik2 guna sudu atau boleh masukkan ke dalam piping beg...susun nanti jarak2 sebab biskut ni akan kembang...jadi doh jangan buat besar2...

resepi ni QH ada sediakan video langkah demi langkah juga tau di channel youtube Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=e3sD20GQgTU&t=2s yang tertera tu untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau channel youtube QH tu...terima kasih...jom cuba!! 


FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP
youtube Qasey Honey
makes 80-100 pcs

bahan A
3 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbinat

bahan B
250 gm mentega 
1 1/4 cawan gula perang 
1 sudu kecil esen vanilla 
1 biji telur gred A 

bahan C
1/2 cawan minyak jagung 
2 cawan coklat chip
1 cawan badam cincang - bakarkan dahulu


caranya
satukan bahan A dan ayakkan bersama. kacau rata dan ketepikan
di dalam mangkuk yang lain, masukkan butter, gula perang, esen vanila dan telur. gaul rata hingga sebati sahaja (tak perlu kembang)
masukkan bahan A yang telah di ayak tadi dan minyak jagung. gaul rata
masukkan pula badam cincang dan coklat chip. gaul lagi hingga rata
tutup mangkuk dengan cling wrap kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit
panaskan oven pada suhu 170C
gliss dulang dengan butter atau alas dengan baking paper
keluarkan doh dan bentukkan kecil. jarak2 kan doh antara satu sama lain
bakar selama 20 minit atau hingga keperangan dengan api atas bawah
setelah masak susun di atas redai dan apabila telah sejuk simpan ke dalam bekas kedap udara


famous amos chocolate chip
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments