Qasey Honey. Powered by Blogger.

KERANG KAM HEONG masakan cina muslim yang memikat selera - resepi mudah

 

Salam my kesayangan...

Dah fikir ke nak masak apa untuk menu iftar petang nanti...ada banyak lagi masa untuk mencari2 resepi yang diinginkan...

untuk entri kali ni tampil dengan lauk pauk pulak...mungkin boleh membantu untuk idea berbuka nanti...kali ni QH buat kerang kam heong pulak...sebelum ni udang dah...ayam pon sudah...siakap pon sudah...nanti buat la carian sendiri ye kat blog ni...

QH suka masak kam heong...terasa betul rempahnya...tu yang berulang kali buat dengan bermacam cara...makan dengan nasi panas2...perghhh wallaweiii...jauh perginya...heeee...memang akan menambah je la makannya...


jika perasan la kan...setiap kali masak kerang QH memang suka tinggalkan sebelah cengkerangnya...nak juga ada kulitnye tu...baru la nampak berseri sikit lauk kerang tu bila letak di pinggan...heee...ada2 je kan...perangai sangat...ikut la ye mana2...bila masak lauk ni QH juga suka gandingkan dengan telur dadar dan ayam goreng bodo2 tu...heeee...sebab taknak kacau rasa rempah kam heong tu...ada yang suka kuahnya sedikit pekat...ada jugak yang masak sedikit cair kuahnya...ni juga terpulang pada selera masing2...sebab dua2 sedap...

untuk resepi ni seperti biasa dah...QH ada menyediakan langkah demi langkah cara memasaknya di youtube channel QH...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=gIwMUMclxlU&t=219s yang tertera tu untuk teruskan menonton...nanti jangan lupa ye untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu tau...terima kasih...


KAM HEONG KERANG
youtube Qasey Honey

BAHAN2 
1 kilo kerang
2 biji bawang besar 
6 ulas bawang putih 
1 batang serai 
1 inci halia 
15 biji cili padi 
3 biji lada merah 

BAHAN SOS 
3 sudu besar serbuk kari 
3 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram 
1/3 cawan kacang gajus - bakar 
3-4 tangkai daun kari 
gula dan garam secukup rasa 
minyak masak 


caranya
didihkan air hingga mendidih, kemudian rebus kerang bersama halia dan serai hingga masak.
buang air rebusan kerang tadi dan rendam ke dalam air berais
kopek kerang dan rendam dalam air berais untuk kekal kesegarannya. ketepikan
kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili padi dan lada merah hingga halus.
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya.
tumis bahan kisar tadi hingga naik bau dan sedikit garing
masukkan serbuk kari dan daun kari. tumis lagi hingga wangi
masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap lemak manis. kacau rata
kemudian masukkan garam, gula secukup rasa dan kacang gajus yang telah dibakar. kacau rata
akhir sekali masukkan kerang rebus, cili padi (diketuk) dan lada merah. kacau rata dan perasakan rasanya, jika ok matikan api. siap


kam heong kerang / kerang kam heong
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments