Qasey Honey. Powered by Blogger.

SET LENGKAP SOTO AYAM NASI IMPIT JOHOR DAN BEGEDIL KENTANG SEDAP

 

Salam my kesayangan...

jumpa lagi...maap la naaa...terhilang lagi pulak beberapa hari ni...menghilang pon tak ke mana...sibuk sikit dengan kerja hakiki...tiga hari lepas tu sibuk dengan training system baru bagai...pastu balik keje dah penat...nak pikir menu berbuka lagi...memang tak sempat la nak menyinggah dan masuk ke sini...ni bila ada masa sikit...kita curi2 la masuk sini sekejap...

dapat la berkongsi idea untuk iftar petang nanti...kalau tak sempat buat hari ni...boleh je buat esok atau bila2 masa...biasa la tekak bila bulan puasa ni nak makan yang special dan sedap2 sikitkan...meraikan diri sendiri yang dah seharian berpuasa... 


perkongsian idea hari ni QH memilih menu dari negeri sendiri...mana lagi kalau bukan Johor...heee...pada puasa tahun lepas pon QH buat ini juga tapi yang tu tak sempat la nak snap gambar bagai rasa macam penat sangat dah masa tu...yang tu nasi impit siap buat sendiri lagi tau...yang ni guna nasi impit segera je dah...tinggal rebus pastu siap...heeee...nanti la bila2 nanti QH tunjukkan cara nak buat nasi impit sendiri cara mak2 kita dulu yang tepek dalam loyang tu...nostalgia sungguh la kalau dapat yang tu...tengok la bertapa rindunya nak balik ke kampung...tapi keadaan sekarang tidak mengizinkan lagi...

soto ayam nasi impit ni amat popular la kalau di Johor tu...senang sangat la kalau nak jumpa...pergi la di mana2 kedai...pasti jumpa...di tempat lain pon sekarang ada je soto ni...soto ni sentiasa menjadi pilihan peniaga kerana senang dan mudah untuk disediakan...campak2 je dalam tu semua...siap dah kuah soto tu...soto ini jugak selain popular di Malaysia...ianya juga popular di Indonesia dan Singapura juga...mungkin ada sedikit berbeza bahan yang digunakan dan caranya...


selain makan dengan nasi impit...soto ni boleh juga dimakan dengan bihun atau mee kuning tau...kalau ade open house tuan rumah akan sediakan pilihan yang begitu...ikut pada selera masing nak pilih yang mana...yang pasti sambal kicap jangan di lupa...itu la punca soto tu menjadi lagi sedap...lagi pedas lagi kaw la...

di dalam kuah sup ni QH menggunakan rempah sup dan rempah soto...jadi kaler kuah tu nampak sedikit keroh dan cantik la...nampak la macam pro sikit masak tu...ada juga yang menggunakan rempah sup dan rempah kurma...ikut la mana2 yang suka yea...

untuk resepi ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah cara memasaknya dengan lengkap...boleh klik pautan link yang tertera untuk teruskan menonton...untuk set lengkap soto klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=EmNt_gWr0ss...untuk begedil kentang klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=H3gnmNJ1T5s...untuk sambal kicap pula boleh klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=kU_ht54woQ8&t=21s...ok sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu...terima kasih


SOTO AYAM NASI IMPIT JOHOR
youtube Qasey Honey
rujukan Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN2

1/2 ekor ayam 
3 batang serai (ketuk) 
1 inci lengkuas 
4-5 batang daun sup 
2 sudu besar bawang goreng (optional) 
1 kiub pati ayam (optional) 
2 sudu besar rempah sup 
3 sudu besar rempah soto 
4-5 cawan air
1 sudu besar lada hitam (kisar) 
garam secukup rasa


bahan kisar
7 biji bawang merah 
1 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
1 inci halia 

rempah ratus 
1 batang kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
4 biji buah pelaga 
7 kuntum bunga cengkih


caranya
Satukan bahan kisar dan kisarkan sehingga lumat
panaskan periuk dan minyak masak secukupnya untuk menumis
masukkan rempah ratus seperti kayu manis, bunga lawang, pelaga, bunga cengkih dan serai. tumis hingga naik bau
masukkan pula bahan kisar dan tumiskan hingga wangi
masukkan rempah sup dan rempah soto. tumis lagi hingga pecah minyak
kemudian masukkan ayam dan kacau sekali sekala hingga ayam mengecut
masukkan pula air dan kacau rata. biarkan kuah mendidih (nak cepat tutup periuk)
apabila kuah telah mendidih, masukkan pula kiub ayam, serbuk lada hitam, garam secukup rasa, batang daun sup (optional) dan sup bunjut. kacau rata.
perasakan rasanya, jika ok matikan api.


BEGEDIL KENTANG
youtube Qasey Honey

BAHAN2 

5 biji kentang saiz sederhana 
4-5 batang daun sup 
1 sudu kecil serbuk lada sulah 
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum 
1/2 cawan bawang goreng
1/4 sudu kecil garam 
1 biji telur (untuk salut)


caranya
kupas kentang dan hiris kasar. cuci dengan bersih dan toskan airnya
panaskan minyak masak secukupnya
kemudian goreng kentang tadi hingga kekuningan dan empuk. angkat dan toskan minyaknya
masukkan ke dalam mangkuk, kemudian terus lecek/lenyekkan kentang tadi hingga hancur
masukkan telur, bawang goreng, daun sup, tepung gandum, garam dan lada sulah. gaul hingga rata dan sebati
ambil sedikit aduan kentang tadi bulat2kan dan leperkan. buat sehingga habis (pastikan saiznya sama besar)
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya untuk menggoreng
pukulkan sedikit telur, kemudian celupkan begedil kentang tadi satu persatu dan terus masukkan ke dalam kuali
goreng sehingga kuning keemasan dan sedikit garing. angkat dan toskan minyaknya
biarkan sejuk dan simpan dalam bekas bertutup. siap 


SAMBAL KICAP JOHOR
youtube Qasey Honey

bahannya

15 biji cili padi hijau
10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
4 sb bawang goreng
kicap lemak manis secukupnya
gula dan garam secukup rasa
air masak jika perlu

caranya 

panaskan pan dan letakkan sedikit minyak. tumiskan cili padi dan bawang putih sehingga naik bau. matikan api
satukan semua bahan di atas dan kisar hingga lumat. 
tuang sambal ke dalam mangkuk dan perasakan rasanya. siap.


ayam racik goreng

bahan2
2-3 keping dada / isi ayam
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

caranya
satukan semua bahan di atas. gaulkan dengan rata
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya
goreng ayam hingga sedikit garing. angkat dan toskan minyaknya
apabila telah sejuk, carikkan ayam kecil2.
simpan di dalam bekas bertutup. siap


bahan pelengkap soto ayam
nasi impit
kuah soto ayam
begedil kentang
sambal kicap
soon goreng
daun sup
bawang goreng
ayam goreng racik
kacang tanah goreng
taugeh


soto ayam nasi impit sedap
https://www.youtube.com/watch?v=EmNt_gWr0ss
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


begedil kentang sedap
https://www.youtube.com/watch?v=H3gnmNJ1T5s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


sambal kicap johor sedap
https://www.youtube.com/watch?v=kU_ht54woQ8&t=21s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments