Salam my kesayangan...
QH menghilang sekejap beberapa hari...sebab hari ni QH nak ajak korang semua terbang ke Korea...heeee...tukar2 la sikit selera tu kan...resepi hari ni dah jadi peberet QH dah...sejak pandai makan makanan korea ni kan...boleh dikatakan selalu juga la QH buat...cuma kali ni rajin tu QH share lagi di sini...terpengaruh dengan cerita2 korea yang QH duk layan tu la...belum lagi nak beramen dan bersamyang lagi tu...heeee
sebelum ni QH dah pernah share resepi ayam pedas ala korea ni di dalam blog ni...boleh tengok kat tepi tu je ye...tu versi beberapa tahun lepas la...antara resepi yang paling popular la dalam blog QH ni...ayam korea ni QH buat ikut cara Malaysia je...semua bahan tempatan je QH guna...nama je korea heeee
cara masak semuanya sama je ikut macam yang lepas tu...sebab resepi tu dah cukup terbaik dah pada QH...cuma rasa pedas tu nanti korang ejas2 la sendiri ekk..kalau nak rasa lagi pedas kaw2 tambahkan cili kisar dan serbuk cili tu...QH punya ni versi pedas2 manja jugak la...
biase kalau masak ayam pedas korea ni...QH makan dengan nasi putih je atau meratah...lepas tu tambah la daun salad macam tu...ehhh kalau korang nak tambah dan makan dengan cheese pon boleh tau...sekarang kan ape2 sikit je mesti nak tambahkan dengan cheese kan...QH ni tekak orang tua so makan macam tu je...takde nak cheese bagai pon...heeee
kalau ada yang nak ambil resepi ni untuk berniaga dipersilakan ye...QH izinkan dengan seikhlasnya...QH paham zaman sekarang ni kena buat 2-3 kerja untuk menampung kehidupan harian...QH sendiri pon buat 2-3 kerja juga kadang untuk mencari rezeki...
yang bestnya untuk resepi kali ni QH sediakan video langkah demi langkah untuk korang tau di channel youtube Qasey Honey...dengan adanya video ni lagi memudahkan korang untuk mencuba resepi ni tau...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=6Mq2lO5R04Q&t=257s yang tertera tu untuk teruskan menonton...sebelum tu korang kena la support channel youtube Qasey Honey tu dengan subscribe, like dan share...sebab kat sana ada banyak lagi video2 yang menarik dan boleh juga untuk dijadikan rujukan untuk berniaga...apalagi jom la ke sana pulak...terima kasih
AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA / SPICY KOREAN CHICKEN
youtube Qasey Honey
BAHAN2
20 ketul ayam bahagian kepak
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
Garam secukupnya
air secukupnya
Minyak masak
CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
BAHAN SOS
4 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya - disangai
minyak masak secukupnya
4 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya - disangai
minyak masak secukupnya
CARANYA
Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau
dan sedikit garing.
Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata.
Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disanggai.
korean spicy chicken / ayam goreng koreajangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment